Misi Kuruskan Zuly

Ahad, 9 Januari 2011

Cinta Buta


Ahah.. Sapa tengok Cerekarama malam tadi kat TV3 angkat tiak!! Saper tak tengok, meh aku terajin nak bagi sipnosis dan rebiu yer~~

Drama bertajuk Cinta Buta nee adelah mengenai cinta seorang peguam buta, Ahmad Dhani yang terpaut dengan masakan Lemak Jantung Pisang disebuah restoren, sampai terjatuh hati kat tukang masaknya si Fara Diba yang bersize XXL!

Lemak-lemak sijantung pisang, lemak lagi sijantung hatiku...

Kekacauan melanda disaat cinta mereka sedang mekar kerana Ahmad Dhani menyuarakan hasratnya untuk menjalani pembedahan mata, dan tak sabar nak tengok wajah kekasih sijantung hatinya itu.. Apalagi, si Fara Diba menkelam kabut la nak kuruskan badan dalam masa sebulan! Yerla, manalah si Ahmad Dhani tu tahu yang Fara Diba tu sebenarnya sikit punyer debab! (Ahmad Dhani tak perasan ker kemontelan jari-jemari si Fara Diba tuh? Ishhhh ish ishhhh )*Opss, haram yer berpimpinan tangan kalau bukan muhrim ;) * Hahahaha Tak berjaya nampaknyer usaha Fara Diba, walaupon jenuh buat situp dan juga tahan makan.. Hehehehehe

So timbul pulak idea giler dia suruh kawan baik dia menyamar jadik 'Fara Diba' dan plan untuk bagi Ahmad Dhani bencikan Fara Diba.. Tapi Ahmad Dhani yang dah celik tu pon cam suka la kat 'Fara Diba' celup tuh... Tetapi jadik lebih haru sebab kawan baiknya sendiri dah terjatuh cinta kat Ahmad Dhani!! Huhuhuhu Kaco kaco....

Dipendekkan kan cerita.. Fara Diba nak confesslah siapa dia sebenarnya kat Ahmad Dhani.. Nee kes nak ambik balik la cinta hati jantung pisang dia tuh..Tu pon lepas dah gaduh ngan kawan baik dia yang taknak pulangkan AHmad Dhani kat dia.. Huhuhu Tiba tiba, muncul Ahmad Dhani yang buta.. Aikkkkkkk saspen nee ada 2 Ahmad Dhani!

Rupe2nyer Ahmad Dhani x jadik wat pembedahan sebab Maknyer tak kasi, dan 'Ahmad Dhani' celik itu adelah abang kembar seiras beliau, Ahmad Idrus..

Jelaslah sudah yang cinta Ahmad Dhani masih utuh terhadap Fara Diba tanpa apa2 syarat.. End of the story, Ahmad Dhani berkahwin dengan Fara Diba. Abang dia pulak boleh tersangkut dengan kawan baik Fara Diba tuh sendiri.. Hehehehe


Komentar aku:
Aku suka tgk cerita nee.. Kelako giler tengok diaorang main balas2 pantun yang ntah hape2... Jalan cerita nee simple jer.. Tapi adalah juga pengajaran yang boleh diambil iktibar.. Contohnya, sentiasa jujur dalam perhubungan.. Dan percayakan diri sendiri lebih daripada orang lain.. Walaupon aku masih musykil dengan kewujudan seorang 'Ahmad Dhani' diluar sana.. Aku percaya masih ada lelaki yang tidak mengukur cintanya berdasarkan saiz!

Melihat Fara Diba tuh, teringat kat diri sendiri.. Walaupon aku besar lagi daripada Fara Diba (dia berat 80KG jer, ai berat 100kg occay!), dilema cinta Fara Diba mungkin dirasai oleh ramai lagi pompuan2 single berbadan besar seperti kami..

Hello, dah la Ahmad Dhani tu ensem occay! Ingat senang ke nak ada konfiden orang ensem camtuh boleh terpikat kat kami yang debab nee? (x kira la buta atau celik lelaki tersebut).. Bila jadik camtuh, ramai yang undur diri daripada mempertahankan cinta dia sendiri.. Sedih kan... :(

Nasihat untuk diri aku dan mereka2 diluar sana.. Fight for your love! Berusaha! Jangan tinggalkan semuanya pada takdir dan later claim xde jodoh! Betul, jodoh pertemuan ditangan Allah swt.. Dan kena ingat jugak, hanya kita yang mampu ubah nasib kita sendiri..

Common, perempuan debab pon ada perasaan occay! Ini bukan pasal mamat ensem jer tau.. Ini pasal mamat yang korang nak, yang korang suka, yang korang rasa baik, yang korang rase nak hidup dengan dia sampai mati! Cuber pikir2 balik.. Dan berapa kali korang berpaling daripada melihat wajah sidia sebab rasa diri tak sempurna? Dan membiarkan orang lain merembat sidia?? Gossshhhh... Tahukan kalian sidia sebenarnya amat mengharapkan anda berjuang untuk cinta anda sendiri?!

So, wake up chubby girls! Kegemukan tak menghalang keinginan untuk berkasih sayang kan? Ceriakan diri selalu, jangan kisahkan apa orang lain kata.. Yang penting hati kita sendiri jaga dulu sebelum hati orang lain.. Anda tahu apa yang anda mahu.. Gemuk tidak menghalang cinta!

Buat perempuan2 debab yang sedang mengejar cinta.. Teruskanlah.. Teruskanlah!


PS: Wohooo! Saya menjadi sangat emo semasa menulis artikel ini. (^_^#)
PSS: Lagu tema, Armada: Cinta Itu Buta



Armada: Cinta Itu Buta

Salahkah bila aku mencintaimu
Dan berharap engkau ‘kan jadi milikku
Walau banyak yang bilang kau tak pantas untukku

Sayang ku mohon jangan tolak cintaku
Jiwa ragaku ini hanya untukkmu
Aku rela berkorban demi cintamu itu

Biarlah orang berkata apa
Manusia tiada yang sempurna
Ku terima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia

Manusia tiada yang sempurna
Ku terima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia

Sayang.. cinta itu buta

6 ulasan:

Unknown berkata...

chalo babe!!!
i heart u ;p

ZulyKurus berkata...

Tenkiu Dear :)

miss FDE berkata...

haha..ko mmg star beb!

evalovevo berkata...

huhu..mg tgh dok cri pon lgu tuh..haha..cinta bute bez..

ZulyKurus berkata...

Polkadots: Hahahah Star tak Star, mana entry baru ko beb!

ZulyKurus berkata...

Eva: WHoaaa Welcome babe! x Sangke anda sudi singgah blog ai.. Hahah Ai pon hopin ya blog 1st time last nite.. Hehehe By the way, Salam Kenalan ;)