Misi Kuruskan Zuly

Rabu, 6 Jun 2012

Resipi: Serawa Durian

1st time try masak serawa durian dengan pulut. Orang utara biase makan dengan roti jala kot, tapi den tak pandai nak menjaring so tanak pulut jer la ek.. Serawa durian nie ada gak panggei kuah durian, sedap gak kalau buat cicah roti bantal..
PULUT:
300grm berat pulut
1/2 cawan santan pekat
1 sudu minyak masak
Secubit garam


- Rendam beras pulut selama setengah jam dan toskan, masuk dalam bekas untuk dikukus (bekas biase). Tuangkan santan + air sampai tutup permukaan beras pulut. Masukkan garam dan minyak masak. Kukus setengah jam. Masa ni beras pulut dah separuh masak, alihkan ke bekas yang berlubang2 (boleh alas daun pisang atau daun pandan kalau mahu), sambung kukus lagi 20 minit. Angkat dan tepikan.


SERAWA:
8 ulas durian kampung
1 cawan air panas
1 cawan santan pekat
1/2 buku gula merah (hancurkan)
3 sudu gula pasir
3 helai daun pandan
secubit garam


- Lenyek2 durian. Bancuh air panas dengan gula merah/melaka dan gula pasir, guna penapis tuangkan bancuhan tadi ke dalam periuk. Dah mendidih, masukkan santan, durian (den masuk jer sekali ngan biji2 durian :) ), garam dan daun pandan yang disimpul kasih. Kacau sampai pekat, boleh tambah air kalau terlalu pekat. Sampai mendidih agak2 dah rasi boleh la angkat dan tuang atas beras pulut tadi ;)
Modify message

Tiada ulasan: