Misi Kuruskan Zuly

Selasa, 7 Ogos 2012

Resipi: Murtabak Kraker

Meh nak share resipi semalam saya buat.. Berpeluang try resipi yang dah lama simpan nee,kat kampung. Kebetulan adik asyik bising nak murtabak, tapi malas nak gi pekan. So semalam pagi anta mak ke klinik, balik tue singgah pasar tani macam2 yang den beli.. kuih pon boleh dapat singgit 4 ketul, saiz masih normal.. Kat putrajaya sekeping 40sen, 50sen.. wuwuwu Ish membebel pulak.. Terus kepada resipi

Murtabak Kraker


Bahan2:
400gram daging kisar ramly
5 biji bawang merah kecik dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1.5cm halia dikisar dikisar
5 biji bawang besar dipotong dadu
2 sudu makan rempah kari daging babas
3 tangkai cili besor (merah dan hijau)
2 kiub lembu maggi
5 biji telur ayam
1/2 tin susu cair
1/2 tin santan
1 bungkus biskut 4 segi (saya pakai Cream Cracker Hup Seng)
3 tangkai daun saderi
1 tin air
Minyak masak untuk menumis
sos cili
marjerin planta
garam
gula

Inti Murtabak:
Panaskan kuali. Tumis bahan2 kisar (bawang merah kecik + bawang putih + halia) sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan bawang besar, tumis sampai layu. Masukkan daging kisar dan air. Kacau sampai agak2 airnyer kering matikan api. Gaulkan dengan daun saderi dan cili besar lalu ketepikan.

Lapis Murtabak:
Campurkan santan dan susu cair dalam 1 bekas besar. Rendam biskut dalam campuran tersebut (biar biskut jadik lembut, tapi jangan ler sampai berderai biskut tuh..).
Dalam bekas lain, pecahkan telur dan pukul.


Cara2:
Lengser tin untuk bakar dengan marjerin (lepas tuh saya tambah letak aluminium foil). Susun biskut yang telah direndam selapis. Tuang inti daging ke atas lapisan biskut diikuti dengan bancuhan telur. Susuan lagi biskut untuk lapisan kedua. Ulang sampai habes. Ikutla kalau nak satu lapis tu letak sos cili/mayonese..

Lapisan biskut atas sekali, tuang baki sususantan tadi dan sapu marjerin. Bakar dalam ketuhar 200 darjah celcius selama 45 minit Selamat mencuba ;)