Misi Kuruskan Zuly

Selasa, 13 Disember 2011

Jumaat, 7 Oktober 2011

Macaroni goreng


Sarapan hari ini :)

Isnin, 6 Jun 2011

Ayam Kampong Bukit Puchong

Ayam Kampong Bukit Puchong


Ayam Kampung + Kerabu mangga + Sambal Belacan.. No nasik...
Cost me rm7..
Haku rase harga naik giler nie.. Siap air Kelapa rm10 semuanya..
Cover 2 hari punyer expenses tuk lunch.. Huwaaaaaaa

Rabu, 18 Mei 2011

Renew Visi 2011

Nekad giler keputusan yang aku buat nih...
Perubahan akan berlaku...
Actually, selepas aku buat MC selama 10 hari..
Baru aku sedar, aku sebenarnya MAMPU buat banyak bende2 yang aku rase susah dan kadang2 rase sangat mustahil....
Aku ada satu cita2.. yang dah 10 tahun aku pendamkan..
Setiap tahun, 'Azam Tahun Baru' aku selalunya tukar...
Tapi untuk visi yang satu tuh, aku mesti renew..
Aku taknak renew dah...
Tahun nee, aku nak laksanakan jugak visi tersebut...
Dah 2 minggu aku fikir. Banyak benda aku kena consider..
Lepas nee, life aku takkan sama dah macam sebelum nee..
Aku kena kuatkan semangat..
Aku adalah apa yang aku fikir...
Aku harus bertekad!!
Go girl go!




*Mesti korang tertanya2 apakah sebenarnya 'visi' tersebut? (^_^)y

Isnin, 9 Mei 2011

OST Nur Kasih



Nur Kasih
Yassin & Tiz Zaqyah – [OST Nur Kasih The Movie]

[Tiz Zaqyah]
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

[Tiz Zaqyah/Yassin]
Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur kasih
Nur kasih
Ya nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur kasih
Nur kasih
Nur nur kasih
Nur nur kasih

Khamis, 28 April 2011

Hari Terakhir...

Wah pejam celik pejam celik, dah 10 hari berMC! Macam tak percaya jer kan.. (^_^)
Alhamdulillah, semuanya ok.. Semalam dan harinie, agak terasa kelaparannyer..
Hari nee tak timbang, so esok pagi la tgk berapa berat..
jeng jeng jeng.. Tak sabar...
Hopefully boleh jejak 95KG! InsyaAllah...

Update: Berat rasmi selepas 10 hari MC adalah 95.6KG...
I lost almost 6Kg in 10 days (^_^)Y

Selasa, 26 April 2011

Hari ke 8 MC~

Assalamualaikum..
Yossshhh everybody! (elleh, mcm ada orang jer kat sini miahahahaha ).

Hari nee hari ke 8 ber MC.. Lidah masih belum pink lagi..
Tapi tadi datang kerja, member yang dah 5 hari tak jumpe ckp, muke amat berseri2.. Miahahahahahah Sorry arr tergedik kejap...

Rase cam kena extend MC nee ingat nak buat sampai 15 hari ker.. Tapi nak balik kampung minggu nee.. Woooo tatahan wooo ... Macam2 dah pesan kat mak suruh masak... Ayam Ungkep, Sup gearbox.. lalalalala

Eppy diet semua!

Isnin, 25 April 2011

Tidur bertemankan Bidadari~~ (MC Day 7)

Wahhhhhhhhhhhhh
x sangka dah 7 hari tak makan ape2...
Hahahahahahah
Tapi malam tadi agak lapar sampai tak boleh tidur..
Sabar2kan hati jerla..
Dulu pernah dengar org2 tua cakap..
Tidur dalam keadaan perut yang lapar, akan ditemani Bidadari..
Wah gitu... (^_^)

So hari nee, nak update berat:
25 April 2011 = 97.2KG

i lost 3.5KG in a week!

Alhamdulillah... ;)

Jumaat, 22 April 2011

Misi 69 Hari

Misi 69 Hari :

19 april - 3 may [15 hari] = Master Cleanse (95kg)
4 may - 7 may [4 hari] = Ease-Out Phase (92kg)
8 may - 15 may [8 hari] = Free n Easy (92kg)
15 may - 29 may [14 hari] = Atkin Phase I (89kg)
30 may - 26 june [28 hari] = Atkin Phase II (80kg)


Assalamualaikum...

Hari nee hari ke-4 buat Master Cleanse *sila Google* :P
Basically cara diaadalah minum (air tebu asli) / (air kosong + maple Syrup) yang dicampurkan dengan perahan lemon dan Cayenne pepper, dan sebalah malam dan pagi adalah minum Teh Detox/ Salt Water Flush (minum air garam).

Tujuan utama Master Cleanse adalah untuk mendetox badan dan kasik clear perut. Antara kesan sampingannya pula adalah turun berat badan (FYI, toksin dalam perut anda boleh mencecah 6kg occay!)

So, for the detox process yang starting dari 19 April 2011 (Selasa) haritu, beli bahan2 kat Cold Storage, Alamanda Putrajaya:

NH Detoxlim 20bags (RM28.80)
Waitrose Organic - Canadian Maple Syrup No.1 Medium 330gram (RM34.99)
McCormick Cayenne Pepper 30gram (RM9.90)
Lemon USA 7 piece (RM11.83)
Portugal Sea Salt (RM6.49)
Air tebu 1 liter (RM3.50) <-- Owh ini beli kat Pasar Malam yer, freshly squeez ;)

To be contined...

Isnin, 4 April 2011

Pregnant??!

Sedang aku membelek barang2 dapur di Pasaraya Jusco tengah hari tadi, seorang Aunty jurujual Mamil Gold mengapproachku...

Aunty: Puan pregnant berapa bulan?
Aku: Tak..
Aunty: owh, its just the tummy..
Aku: *sengih*
Aunty: Puan ke Cik nee?
Aku: Cik..
Aunty: *sengih pulak*
Aku: *sengih jugak* (rase nak bako!)

Patut kah aku bako Pasaraya tersebut?

Selasa, 22 Februari 2011

Anggur

Hari ini aku start dengan diet anggur..
Walaupon lebih baik kalau nak startnee disertakan dengan puasa 1 hari.. Asyik dok tertangguh2 jer nak puase, bilernyer nak start.. so aku teruskan jer dengan diet anggur ku...

hari nee aku start breakfast dengan Alpha Red.
Info pasal anggur ni..

Alpha Red
Anggur merah dengan biji
Berbentuk bulat, rangup2
Saiz: lebih kurang 20-24 mm
Tempoh menuai: Masak - 7 hari

Beli kat pasaraya Gergasi, dengan harga RM14.99 per KG.

Next entry aku cerita lebih lanjut pasal Diet anggur nee yer. Till then, take care (^_^)y

Khamis, 10 Februari 2011

Maher Zain - InsyaAllah (versi Melayu)



Maher Zain - InsyaAllah (versi Melayu)
Andainya
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian
Tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah
Ada jalannya
Andainya
Dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah Kepada Yang ESA
Yakin padaNYA
Panjatkan lah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku
Ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ahad, 9 Januari 2011

Cinta Buta


Ahah.. Sapa tengok Cerekarama malam tadi kat TV3 angkat tiak!! Saper tak tengok, meh aku terajin nak bagi sipnosis dan rebiu yer~~

Drama bertajuk Cinta Buta nee adelah mengenai cinta seorang peguam buta, Ahmad Dhani yang terpaut dengan masakan Lemak Jantung Pisang disebuah restoren, sampai terjatuh hati kat tukang masaknya si Fara Diba yang bersize XXL!

Lemak-lemak sijantung pisang, lemak lagi sijantung hatiku...

Kekacauan melanda disaat cinta mereka sedang mekar kerana Ahmad Dhani menyuarakan hasratnya untuk menjalani pembedahan mata, dan tak sabar nak tengok wajah kekasih sijantung hatinya itu.. Apalagi, si Fara Diba menkelam kabut la nak kuruskan badan dalam masa sebulan! Yerla, manalah si Ahmad Dhani tu tahu yang Fara Diba tu sebenarnya sikit punyer debab! (Ahmad Dhani tak perasan ker kemontelan jari-jemari si Fara Diba tuh? Ishhhh ish ishhhh )*Opss, haram yer berpimpinan tangan kalau bukan muhrim ;) * Hahahaha Tak berjaya nampaknyer usaha Fara Diba, walaupon jenuh buat situp dan juga tahan makan.. Hehehehehe

So timbul pulak idea giler dia suruh kawan baik dia menyamar jadik 'Fara Diba' dan plan untuk bagi Ahmad Dhani bencikan Fara Diba.. Tapi Ahmad Dhani yang dah celik tu pon cam suka la kat 'Fara Diba' celup tuh... Tetapi jadik lebih haru sebab kawan baiknya sendiri dah terjatuh cinta kat Ahmad Dhani!! Huhuhuhu Kaco kaco....

Dipendekkan kan cerita.. Fara Diba nak confesslah siapa dia sebenarnya kat Ahmad Dhani.. Nee kes nak ambik balik la cinta hati jantung pisang dia tuh..Tu pon lepas dah gaduh ngan kawan baik dia yang taknak pulangkan AHmad Dhani kat dia.. Huhuhu Tiba tiba, muncul Ahmad Dhani yang buta.. Aikkkkkkk saspen nee ada 2 Ahmad Dhani!

Rupe2nyer Ahmad Dhani x jadik wat pembedahan sebab Maknyer tak kasi, dan 'Ahmad Dhani' celik itu adelah abang kembar seiras beliau, Ahmad Idrus..

Jelaslah sudah yang cinta Ahmad Dhani masih utuh terhadap Fara Diba tanpa apa2 syarat.. End of the story, Ahmad Dhani berkahwin dengan Fara Diba. Abang dia pulak boleh tersangkut dengan kawan baik Fara Diba tuh sendiri.. Hehehehe


Komentar aku:
Aku suka tgk cerita nee.. Kelako giler tengok diaorang main balas2 pantun yang ntah hape2... Jalan cerita nee simple jer.. Tapi adalah juga pengajaran yang boleh diambil iktibar.. Contohnya, sentiasa jujur dalam perhubungan.. Dan percayakan diri sendiri lebih daripada orang lain.. Walaupon aku masih musykil dengan kewujudan seorang 'Ahmad Dhani' diluar sana.. Aku percaya masih ada lelaki yang tidak mengukur cintanya berdasarkan saiz!

Melihat Fara Diba tuh, teringat kat diri sendiri.. Walaupon aku besar lagi daripada Fara Diba (dia berat 80KG jer, ai berat 100kg occay!), dilema cinta Fara Diba mungkin dirasai oleh ramai lagi pompuan2 single berbadan besar seperti kami..

Hello, dah la Ahmad Dhani tu ensem occay! Ingat senang ke nak ada konfiden orang ensem camtuh boleh terpikat kat kami yang debab nee? (x kira la buta atau celik lelaki tersebut).. Bila jadik camtuh, ramai yang undur diri daripada mempertahankan cinta dia sendiri.. Sedih kan... :(

Nasihat untuk diri aku dan mereka2 diluar sana.. Fight for your love! Berusaha! Jangan tinggalkan semuanya pada takdir dan later claim xde jodoh! Betul, jodoh pertemuan ditangan Allah swt.. Dan kena ingat jugak, hanya kita yang mampu ubah nasib kita sendiri..

Common, perempuan debab pon ada perasaan occay! Ini bukan pasal mamat ensem jer tau.. Ini pasal mamat yang korang nak, yang korang suka, yang korang rasa baik, yang korang rase nak hidup dengan dia sampai mati! Cuber pikir2 balik.. Dan berapa kali korang berpaling daripada melihat wajah sidia sebab rasa diri tak sempurna? Dan membiarkan orang lain merembat sidia?? Gossshhhh... Tahukan kalian sidia sebenarnya amat mengharapkan anda berjuang untuk cinta anda sendiri?!

So, wake up chubby girls! Kegemukan tak menghalang keinginan untuk berkasih sayang kan? Ceriakan diri selalu, jangan kisahkan apa orang lain kata.. Yang penting hati kita sendiri jaga dulu sebelum hati orang lain.. Anda tahu apa yang anda mahu.. Gemuk tidak menghalang cinta!

Buat perempuan2 debab yang sedang mengejar cinta.. Teruskanlah.. Teruskanlah!


PS: Wohooo! Saya menjadi sangat emo semasa menulis artikel ini. (^_^#)
PSS: Lagu tema, Armada: Cinta Itu Buta



Armada: Cinta Itu Buta

Salahkah bila aku mencintaimu
Dan berharap engkau ‘kan jadi milikku
Walau banyak yang bilang kau tak pantas untukku

Sayang ku mohon jangan tolak cintaku
Jiwa ragaku ini hanya untukkmu
Aku rela berkorban demi cintamu itu

Biarlah orang berkata apa
Manusia tiada yang sempurna
Ku terima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia

Manusia tiada yang sempurna
Ku terima kau apa adanya
Yang penting aku bahagia

Sayang.. cinta itu buta