Misi Kuruskan Zuly

Jumaat, 7 Disember 2012

LetGo: Brand New Fossil Watch


Real image:

Just get the watch this morning.
This is pre-loved (ordered for myself but decide to letgo) BUT brand new with tag and tin box.
Selling it for RM299 with poslaju anywhere in Malaysia (^_^)
Thank you !

Khamis, 8 November 2012

Bodybuilding: Day 3, SME1 Gym

Semalam buat latihan kat Gym SME1 bersama kawan-kawan office. Ternyata lain sikit aura senaman , hahahaha

Day3: Wednesday, 07 November 2012

10min x Threadmills (5mph)
15 x Seated Row (3 set)
15 x Squat (3 set)
15 x Push Up (3 set)
15 x Lunges (4 set)
20 x Step Up Step Down Right (3 set)
20 x Step Up Step Down Left (3 set)
10 x Sit Up (1 set)

Masin lain macam la pulak peluh hari nee.. (x bermakna everytime berpeluh aku gi rase yer! kebetulan lencun terus masuk laju jer dalam rongga tekak.. Erk~~! ) (^_^)Y Part last situp tu aku attempt 3 kali. 1st time naik 3 jer, 2nd naik 6, last sekali another 3. Giler flat~~ Terima kasih officemates ajak aku gyming dengan korang. Best!


Isnin, 5 November 2012

Bodybuilding: Day 2, Crunch fail

Sabtu, 3hb jam 9.30pagi den sampai kat KBS. Masuk changing room, tukar pakai spatu. Grab air dengan towel, terus start.

Day2: Saturday, 03 November 2012

10min x threadmill (5mph) 
Pepandai jer aku letak mph wahahahaha

15 x Standing Dumbbell Curls with Squat
Buat 3 set. Tapi sebenarnya tak mampu aku buat squat tue. Peha memang masih sakit hasil dari 1st day training Rabu lepas. So, amik satu bench, masa squat tuh aku landing punggung kat bench. Kira macam cheat jugak but atleast ada gak buat kan.

10 x Push Up
10 x Lunges
3 set. 1 set lunges memang aku tak turun sangat. 2nd set baru buat betul2. Macam magic pulak tetibe rase peha dah tak sakit sangat. Hahahaha

15 x Leverage Shoulder Press
15 x Sumo Squat
Buat 3 set. Alhamdulillah, harinee berjaya pakai dumbbell 5kg masa buat Sumo squat. Haritu kan aku tak boleh lansung nak bengkokkan lutut.


20 x Step Up Step Down (Right)
20 x Step Up Step Down (Left)
3 Set, buat laju2. Macam nak tercabut lutut aku derr.. Ader gak set yang aku pause kejap tapi tak berhenti la cuma perlahankan step.

10 x Crunch
3 set jugak. Seriously aku tak berapa boleh nak naik. Naik 1/3 jer ok. Pelik gak nih. Kalau pagi2 buat kat katil boleh jer aku naik 10, kaki lunjur straight. Ke sebab aku naikkan lutut tinggi masa buat nee? Tapi aku ada gak suspect aku dah kehabisan tenaga.

Aura2 mamat2 ensem sedang buat bulking ngan cutting disekelilingku lansung tak membantu.

Prftttttt!!

Khamis, 1 November 2012

Bodybuilding: Day 1, Start training

Semalam kali kedua aku pegi KBS, Putrajaya dan bermulanya official training aku. Ramai pulak orang dekat dalam gym (which memang biase lelaki2 jer ramai) tapi semalam ada kelas aerobik so ramai la wanita2 yang penuh dedikasi membuat latihan kecergasan badan. Tak pulak aku tanya mende tu free ke bayo, tapi mengikut kata awek yang aku sembang dalam fitting room kelas tu baru lagi, every Monday and Wednesday.

So aku start training lebih kurang 6.20PM dan habes dalam 7.10PM. Tue pon 7.30pm baru aku kuar dari fitting room, terjelepuk kejap kat tepi dinding kepenatan. Hahahaa.

Berikut adalah latihan pertama aku:

Day1: Wednesday, 31 October 2012

15 x Shoulder Press + Bodyweight Squat | Standing Dumbell Curls with Squat
Buat 3 set, rest in between. masa 2nd set tetibe peha aku gigil2 dah. Huhuhuhu
Standing Dumbell Curls with Squat
















15 x Seated Row (duduk kat lantai, lutut naik sikit, tarik) 
20 x Step Up Step Down
Buat 3 set. Actually aku tak sure sangat nama exercise ini sebenarnya (Seated Row). Aku google jer tapi tak jumpe pulak, so aku rase lebih kurang macam rowing jugak la cumer bontot tak gerak.

10 x Push Up
10 x Walking Lunges (pergi balik)
Buat 3 set (Set ke2 dan 3 walking lunges aku buat 6 x jer pergi balik sebab dah rase nak pengsan hahaha)

10 x Sumo Squat
3 set, terpakse buat without dumbbell sebab kaki aku dah tak boleh nak bengkok dah wei..

10min x Elliptical Machine
Gigil sudah kaki aku. Rase nak tersungkur pon ada. Fuhhhh~ 

10 x Crunch
Buat 3 set, badan berat giler on first set. Instead of sit up, next set aku buat sit down tapi tak sampai bawah kena naik balik. Fuhhh ~~

Harinee aku naik tangga opis setengah tingkat, rase terkoyak peha T___________T


Isnin, 29 Oktober 2012

Resipi: Kupang Bakar Keju @ Mussel Cheese Bake

Sejak pertama kali makan Kupang Bakar Keju @ Mussel Cheese Bake dekat Zara Alfresco, Johor Port bulan 4 haritu teringat-ingat la nak cuba buat sendiri. Kat Muar memang senang nak carik stok kupang segar, jalan menghala ke Bandar Muar dari Sungai Mati tue kiri kanan ada orang jual kupang, keram, tiram pon ada. Semua segar bugar belaka. 

Ini percubaan yang kedua nak masak nih. Resipi dulu lepas rebus kupang kejap, toskan air dan buang sebelah cengkerangnya. Lepas tu main letak jer bawnag putih cincang, marjerin dan sudukan sikit kuah spagetti dari botol Prego, letak keju cheddar atas kupang dan terus bakar dalam oven. Tak menjadi sangat. Kupang tu boleh la makan tapi rase pelik sikit. Tak macam yang saya pernah rasa.

Semalam saya cuba lagi. Kupang saya beli RM6 sekilo, cukup la nak try lagi takut tak menjadi taknak beli banyak2. Kira-kira ada dalam 20 ekor (ekor ker nak sebut? hahahah) boleh tahan besarnya. Saya google lagi resipi, last-last saya nekad ikut sedap rasa nak ngelatkan resipi2 yang saya jumpa tuh. Hasilnya saya dapat resipi ini:


Kupang Bakar Keju @ Mussel Cheese Bake

Bahan-bahan:

Kupang - 1kg (direbus dan ditoskan, cabut 'akar' kalau masih ada dan buang sebelah cengkerang) 
Mayonis - 4 sudu makan
Bawang putih 1 ulas (dicincang halus)
Mentega - 2 sudu makan
Sos spagetti - 4 sudu  makan
Piza Topping - secukupnya (boleh guna Mozarella cheese sebab separuh daripada kandungan pizza topping juga adalah Mozarella) 

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dengan api perlahan (cukup untuk cairkan sahaja), terus masukkan bawang putih dan kacau sekejap dan alih ke dalam bekas lain.
2. Campurkan mayonis dan sos spagetti kedalam bekas tersebut dan gaul rata. Sudukan pes ke atas kupang.















3. Taburkan pizza topping atau mozarella cheese keatas pes kupang tadi, bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 10 minit. Masa membakar, mungkin masih ada saki baki air dari kupang tadi, golekkan sikit kulit kupang supaya air mengalir keluar.

4. Hidangkan. Sedap dimakan masa masih hangat.
 



Selamat mencuba!  (^_^)Y







Khamis, 18 Oktober 2012

Resipi: Cendawan Goreng

Semalam den goreng cendawan buat dinner.
*cis tak sihat lansung kunun2 takmo makan nasik tapi minyak kat cendawan nih lagi seram nok..

Cendawan Goreng 



Bahan2:
400 gram cendawan tiram
1 peket tepung kecil tepung goreng Goji (gune separuh)
5 sudu makan tepung gandum
1/2 kiub pati ayam Maggi
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 cawan air sejuk

Cara2:
Campur semua bahan dalam mangkuk, masukkan cendawan (basuh dulu cendawan, toskan atau lap pakai kitchen towel, kalau tak nak gigih sangat ko perah2 jer cendawan tue pakai tangan hahaha), goreng celupan cendawan dalam kuali dengan minyak yang sangat panas. *Kegagalan guna minyak yang panas akan menyebabkan cendawan anda serap minyak banyak giler. bahaya untuk jantung.
Selamat mencuber

Den anggap resipi nih berjaya sebab osmate tanya masa makan,"Eh awak kata goreng cendawan mananya? Ini sotong goreng tepung ke ape?

Selasa, 2 Oktober 2012

Trial Day, Sore And Torn

Semalam pertama kali la jejak kaki ke Gym KBS, Level 1, Precint 4, Putrajaya..
Humangaih ramainyer umat.. Sampai tersegan haku nak snap2 pics (well, first timer takleh nak tunjuk jakun sangat :P ) Ramai sungguh jejans body ketul2 wewewe~~~

6.45pm start naik beskal 1km. pastue wat ladder ker yang mcm naik2 tangga tuh, dalam 2 tingkat. Pastu buat rowing (ala2 berkayak) 2-3 minit. Tapi dah start rase berpeluh..
Pastu baru mula trial traning.
  • 20 x Squat
  • 20 x Lunges
  • 10 x Standing Dumbbells Curl
amik nafas sat..
  • 15 x Flat Bench Press With Dumbbells
  • 20 x Step Up Step Down (each kaki)
  • 10 x Push Up
gegar dah kepala lutut
ulang balik
  • 15 x Flat Bench Press With Dumbbells
  • 20 x Step Up Step Down (each kaki)
  • 10 x Push Up
pastu tambah
  • 20 x  Barbell Lunges
  • 20 x Leverage Shoulder Press
  • 7 Min Cross trainer (lepas discount 3 minit, patutnyer 10 minit hahaha)

Total workout + rest settle dalam masa 1 jam. Ini baru trial.. kalau dah start betul2 rase sampai merangkak-rangkak sanggup ke tak? Hahahaha Balik tu msg Osmate ajak teman makan sayur campur goreng letak ayam (salah order menu, nak mintak sup sayur sebenarnya tapi aku rase otak dah tak berapa nak function time nih..). And Yes makan kedai Mat Ayam Kampung Serdang sebab tak rase nak angkat sudip pun haku larat lagi..).

Pagi ini bangun, memang sore and torn.. Naik tangga opis dah kalah orang ngandung... (=____=")


Selasa, 18 September 2012

Not Habib's, nor Tiffany's...

It's not the Habib's gold but it feels like wearing a Tiffany's platinum... ♥
 
Happy.

Selasa, 7 Ogos 2012

Resipi: Murtabak Kraker

Meh nak share resipi semalam saya buat.. Berpeluang try resipi yang dah lama simpan nee,kat kampung. Kebetulan adik asyik bising nak murtabak, tapi malas nak gi pekan. So semalam pagi anta mak ke klinik, balik tue singgah pasar tani macam2 yang den beli.. kuih pon boleh dapat singgit 4 ketul, saiz masih normal.. Kat putrajaya sekeping 40sen, 50sen.. wuwuwu Ish membebel pulak.. Terus kepada resipi

Murtabak Kraker


Bahan2:
400gram daging kisar ramly
5 biji bawang merah kecik dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1.5cm halia dikisar dikisar
5 biji bawang besar dipotong dadu
2 sudu makan rempah kari daging babas
3 tangkai cili besor (merah dan hijau)
2 kiub lembu maggi
5 biji telur ayam
1/2 tin susu cair
1/2 tin santan
1 bungkus biskut 4 segi (saya pakai Cream Cracker Hup Seng)
3 tangkai daun saderi
1 tin air
Minyak masak untuk menumis
sos cili
marjerin planta
garam
gula

Inti Murtabak:
Panaskan kuali. Tumis bahan2 kisar (bawang merah kecik + bawang putih + halia) sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan bawang besar, tumis sampai layu. Masukkan daging kisar dan air. Kacau sampai agak2 airnyer kering matikan api. Gaulkan dengan daun saderi dan cili besar lalu ketepikan.

Lapis Murtabak:
Campurkan santan dan susu cair dalam 1 bekas besar. Rendam biskut dalam campuran tersebut (biar biskut jadik lembut, tapi jangan ler sampai berderai biskut tuh..).
Dalam bekas lain, pecahkan telur dan pukul.


Cara2:
Lengser tin untuk bakar dengan marjerin (lepas tuh saya tambah letak aluminium foil). Susun biskut yang telah direndam selapis. Tuang inti daging ke atas lapisan biskut diikuti dengan bancuhan telur. Susuan lagi biskut untuk lapisan kedua. Ulang sampai habes. Ikutla kalau nak satu lapis tu letak sos cili/mayonese..

Lapisan biskut atas sekali, tuang baki sususantan tadi dan sapu marjerin. Bakar dalam ketuhar 200 darjah celcius selama 45 minit Selamat mencuba ;)

Jumaat, 20 Julai 2012

Rabu, 11 Julai 2012

Resipi: Bergedil Daging Ayam

Bergedil Daging Ayam
- yang dibuat dengan penuh kasih sayang (^_^)Y

Semalam gi pasar tani Putrajaya tu. Nampak orang jual soto ada bergedil kat dalam, alamak macam sedap nih..  Berkobar2 nak buat bergedil sendiri, beli la kentang sekilo, ayam seekor, daun saderi singgit..
*amaran keras KENTANG adalah TIDAK untuk manusia2 sedang berdiet!*

  • 1kg kentang dikupas dan rebus sampai empuk (masukkan sesudu minyak makan cepat sikit empuknyer, letak sekali garam dan gula sesudu)
  • 3 ketul ayam ( amik bahagian isi) / daging kisar setengah peket (rebus kejap, letak garam)
  • 1 biji bawang besar (hiris halur, tumis sampai layu ada geseng2 sikit takpe)
  • 1 pokok daun saderi (hiris halus gak)
  • 3 biji telur, pukul masukkan dalam adunan nanti
  • 2 biji telur, pukul gak tapi untuk salut sebelum goreng.
  • Garam secukup rase
Lenyek kentang , masukkan ayam/daging, bawang yang digoreng dan daun saderi.
Perasakan dengan garam, masukkan sekali adunan telur 3 biji tadi.
Bulat2kan, celup pulak dalam telur dan penyekkan sebelum digoreng dalam kuali dengan minyak agak2 cover separuh bergedil. Dah garing sikit, angkat toskan dan ngap!

Selamat mencuba!   :grin:

Khamis, 5 Julai 2012

Tanya: Terpikat Dengan Lelaki Muda

Terpikat Dengan Lelaki Muda
SAYA menyukai seorang lelaki yang jauh lebih muda daripada saya. Saya bertugas sebagai tenaga pengajar di sebuah universiti tempatan dan mula tertarik dengan M yang sebenarnya pelajar saya.
Saya gemar melihat perilakunya yang penuh sopan dan sangat lemah lembut apabila berbicara.

Dia tampak lebih matang daripada usianya. Namun, memikirkan perbezaan usia hampir sembilan tahun, saya menjadi segan pada diri sendiri.

Wajarkah saya menyimpan perasaan sedemikian terhadapnya? Pelik juga memikirkan saya mudah tertarik dengannya, sedangkan saya bertemu pelbagai pelajar sebelum ini dan tidak pula pernah tersangkut.

Adakah ini jodoh saya atau kerana saya mula berasa sunyi menyebabkan saya mula menyukai dia kerana kami banyak menghabiskan masa bersama.

REEFA KHOLID
Subang Jaya, Selangor



JAWAPAN:
Cinta itu buta dan tidak mengenal rupa mahupun siapa. Itu ungkapan sesuai menerangkan situasi yang mana saudari tertarik dengan lelaki yang jauh lebih muda.

Realistiknya, saudari masih tidak dapat menerima hakikat jatuh cinta terhadap pelajar sendiri, menyebabkan saudari mencipta seribu alasan untuk menafikan perasaan itu.

Apa salahnya saudari berkelakuan ‘kelam disigi, lekung ditinjau’ yang bermaksud selidiki dulu persepsi atau penerimaan si dia sebelum membuat kesimpulan mengenai kemungkinan masa depan hubungan cinta saudari.

Namun, untuk mendapatkan kepastian, perlu diteliti dengan cermat supaya ia tidak memperlihatkan bahawa saudari begitu terdesak.

Antaranya, saudari boleh menggunakan bahasa tubuh menerusi pandangan mata mahupun senyuman berbeza bagi menggambarkan saudari berminat.

Selain itu, saudari boleh minta ‘orang tengah’ yang boleh dipercayai dalam menyampaikan maksud saudari berminat menjalin hubungan cinta dengannya.

Selain itu, jangan lupa memohon petunjuk sama ada si dia adalah jodoh yang Allah tentukan untuk saudari.


Sumber: Harian Metro Online

Rabu, 20 Jun 2012

Skyscraper - Demi Lovoto

Skyscraper - Demi Lovoto



 [Verse 1:]
 Skies are crying, I am watching
 Catching tear drops in my hands
 Only silence as it's ending
 Like we never had a chance
 Do you have to make me feel like
 There's nothing left of me?

[Chorus:]
 You can take everything I have
 You can break everything I am
 Like I'm made of glass
 Like I'm made of paper
 Go on and try to tear me down
 I will be rising from the ground
 Like a skyscraper
 Like a skyscraper

[Verse 2:]
 As the smoke clears, I awaken
 And untangle you from me
 Would it make you feel better
 To watch me while I bleed?
 All my windows still are broken
 But I'm standing on my feet

[Chorus:]
 You can take everything I have
 You can break everything I am
 Like I'm made of glass
 Like I'm made of paper
 Go on and try to tear me down
 I will be rising from the ground
 Like a skyscraper
 Like a skyscraper

[Bridge:]
 Go run, run, run
 I'm gonna stay right here,
 Watch you disappear
 Yeah, oh
 Go run, run, run
 Yeah, it's a long way down
 But I am closer to the clouds up here

(Like a skyscraper)

 Like a skyscraper
 Like a skyscraper

Rabu, 6 Jun 2012

Resipi: Serawa Durian

1st time try masak serawa durian dengan pulut. Orang utara biase makan dengan roti jala kot, tapi den tak pandai nak menjaring so tanak pulut jer la ek.. Serawa durian nie ada gak panggei kuah durian, sedap gak kalau buat cicah roti bantal..
PULUT:
300grm berat pulut
1/2 cawan santan pekat
1 sudu minyak masak
Secubit garam


- Rendam beras pulut selama setengah jam dan toskan, masuk dalam bekas untuk dikukus (bekas biase). Tuangkan santan + air sampai tutup permukaan beras pulut. Masukkan garam dan minyak masak. Kukus setengah jam. Masa ni beras pulut dah separuh masak, alihkan ke bekas yang berlubang2 (boleh alas daun pisang atau daun pandan kalau mahu), sambung kukus lagi 20 minit. Angkat dan tepikan.


SERAWA:
8 ulas durian kampung
1 cawan air panas
1 cawan santan pekat
1/2 buku gula merah (hancurkan)
3 sudu gula pasir
3 helai daun pandan
secubit garam


- Lenyek2 durian. Bancuh air panas dengan gula merah/melaka dan gula pasir, guna penapis tuangkan bancuhan tadi ke dalam periuk. Dah mendidih, masukkan santan, durian (den masuk jer sekali ngan biji2 durian :) ), garam dan daun pandan yang disimpul kasih. Kacau sampai pekat, boleh tambah air kalau terlalu pekat. Sampai mendidih agak2 dah rasi boleh la angkat dan tuang atas beras pulut tadi ;)
Modify message

Khamis, 31 Mei 2012

Kalau time puase tue, tengahari jer tebayang macam2 pulak menu nak berbuka.. Makruh sungguh perbuatanku ini.. [jangan tiru yer :P ] So, semalam gigih google resipi puding roti.. Balik kerja pi Mydin cari barang.. Malam tadi kul 10pm buat, kul 12 siap masuk peti dah..

Puding Roti Karamel Kismis















Bahan Karamel:
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air suam
- panaskan gula pasir dalam non-stickpan dengan suhu rendah sampai gula lebur dan keperangan.
- masukkan air suam, kacau sikit reus  tuang dalam bekas nak kukus nanti.
- lengserkan bekas tu dengan mentega/butter bawah dan bahagian tepi supaya senang nak terbalikkan nanti.

Bahan Puding:
5 keping roti gardenia
1 cawan air suam
1 cawan susu cari Ideal
1/2 cawan susu pekat
- blend semua. Den takde bekas blender yang bersih (karang den pakai yang biase tu rase cili pulak puding den tuh) so den tekan2 jer roti tu pakai burger punyer sudip petak2 tu sampai hancur.

3 biji telur ayam
1 sudu kecik esen vanilla
secubit garam
- kacau telur pakai garfu (tak payah pukul) agak2 dah campur elok, pakai tapis dan tuang dalam adunan roti tadi.
- kacau semua bagi sebati, tuang atas bekas isi karamel tadi.
- tabur2 kismis atas tue.
- kukus 45 minit :)

Jumaat, 25 Mei 2012

Bumblebee dah ada gurlfren..

Saya: Errr.. Assalamualaikum.. Tak kerja ke harini?

Bumblebee: Wa'salm, kerja tapi kat site Putrajaya. Kenapa ek?

Saya: Esok wat apa aper tak?

Bumblebee: Esok gi dating... Kenapa ek? (Okey pandai betul dia buat lawak..)

Saya: Arr.. Esok ada Water Sport Activity.. Nak join tak? Ada tempat kosong..

Encik Bumblebee: Owh.. 2 orang boleh? (Muka den tukar kaler biru..)

Saya: Errr.. Boleh2.. Eh, tak payah tanya gurlfren dulu ke? (setulus hati den bertanya..)

Encik BUmblebee: Takpe, dia ikut saya jer..

Saya: Okeyla camtuh.. Esok jumpe kat guardhouse opis kul 8.30 pagi yer..

Encik Bumblebee: Orait, see you tomorrow then..

*Letak phone.. Okey, dia dah ada gurlfren sebenarnya.

The End.

T___T

Isnin, 14 Mei 2012

Premium Beautiful RM2600

Den down sabtu lepas sebab ada orang approach suh beli premium beautiful *sejenis korset 3 lapis* kat den.. 

Pastue dia ukur2, suruh den amik size paling besau sekali.

Siap cakap, "Jangan tunggu sampai dah takde size kena custom made nanti.. "

T___T memang takde maknanya, 2.6k gilerrr..

Boleh beli threadmill seketui..

Selasa, 8 Mei 2012

Jantung lompat2!

Petang semalam masa balik, sampai kereta nak buka bonet pandang kiri nampak macam Encik Bumblebee berjalan menuju kearah den.. Eh, alamak betul ker dia hala kesini?

Kecik besar kecik besar mata den nengok, yang kunci bonet tak masuk2 dari tadi..

Sampai dia tepi kereta, "Eh, tak perasan tadi sorry orang rabun jauh.." Den sengih tapi dia tiba2 bukak pintu kereta dan masuk kat sebelah pemandu.  Kelam kabut aku masuk sama..

"Alaaa.. malasnyer nak balik... " Ayat pertama dia sambil buat gaya kepenatan..

"Balik mana?" Aku terus start enjin *ader gak bawak lari anak teruna orang nih karang! Miahahaha*

"Dengkil.." Senyum.

"Arr serious?!" Muke aku tak boleh cover punyer terkejut..

"Taklah, Banting... " Senyum lagi.. Dem, dia nie tak boleh ke kalauu tak buat senyum ala2 prince charming tuh?

"Drive carefully tau.." Dia nak kuar bukak pintu..

"You too.." Aku balas sambil dalam hati rasa jantung macam dah lompat2!

Isnin, 7 Mei 2012

Pesta Buku 2012 PWTC

Sabtu lepas 05 Mei 2012 saya telah pergi berjalan2 menyopping buku2..
Sampai kat Parking PWTC tuh jam 8.30am, pergi makan nasik lemak kat restoren kakilima The Mall dulu. Lepas tuh boleh sambung pulak ngap pancake kat McDonalds tepi tuh. Owh memang fillin banyak nih sebab nak dapatkan sumber tenaga nak tawaf gerai2 buku nanti..

Gerai pertama yang den pergi, Jemari Seni. (Owh sila jangan tanya dewan mana or tingkat berapa, memang aku main redah jer.. :P ) . Belek2 ish.. Nanti dulu la.. Next carik Karangkraf dan Alaf21 pulak.. Angkat 3 biji buku termasuk sebuah buku motivasi dan ditandatangani oleh Dr HM Tuah Iskandar (ensem betul Prof, kalau tinggi sikit mau kalah Aaron Aziz! (^_^) ).

Ramainyer orang beratur depan Dewan Karangkraf nih!

Lepas tu pergi NB Kara, jumpe dengan penulis Norhayati Berahim dan Zuraidah Othman. Beli 2 buku disitu siap tandatangan. Luper nak amek gambo penulis2 tersebut T___T

Next pergi balik Jemari Seni, rembat 4 buah novel baru, yang 3 ada penulisnyer.. Pon tak amek gambo T___T

Pastu last pergi memborong novel graphic artis Gempak, 9 buah semuanya...
Siap masuk Bilik Melaka untu sesi tandatangan.. Ini artis yang paling den minat selain Zint dan Ben, si Kaoru.. 1st time la jumpe face-to-face, memang kiut orangnyer dan sangat friendly!

Kaoru dengan novel grafik baru berjudul "Cinta Untuk Dijual" ^_^
Sangat best sebab dapat 2 bijik beg canvas printer Maid Maiden yeay! *tahun lepas dapat satu design lain tapi Maid Maiden jugak.. Heheheheh Ok nampak cam obsessed pulak, sebbaik baju Maid Maiden sampai size L jer kalau tak mesti haku dah rembat selai dua wuwuwuwuw T___T


Dan inilah hasil tuaian diPesta Buku Antarbangsa 2012 (^_^)Y  Officially broke~~~~
Borong sampai kopak.. ^_^
Jam 2.30pm saat kaki dah sakit giler barula ingat nak balik... Hahahaha 6 jam jugak la kat sana!




Rabu, 25 April 2012

3 Wishlist + 1

Semalam, seseorang telah bertanya kepada saya. Apa wishlist sempena hari lahir?
Hahaha rasenyer orang itulah satu2 orang yang tanya kepada saya macam tue...
Selalunyer, simpan untuk diri sendiri jer.. Tapi kali nee rase nak share dengan korang pulak.. Hahaha so saya pon jawab,

Wishlist saya yang pertama,
Saya nak seseorang yang boleh dijadikan teman hidup, dunia dah akhirat.

:D  over kan? Terkedu kejap teman yang bertanya tuh hahahaha
Oleh sebab 'seseorang' tu kan orang, mana boleh hadiahkan 'orang' kat saya kan..
So, takpela.. Move on.. (budget sedey.. huhuhuh)


Wishlist saya yang kedua,
Saya nak motor Kawasaki ER6N 2012 latest released...

Owh, dan inilah mahkluk tersebut yang saya panggil jugak Bumblebee
(tapi takde kaitan dengan encik Bumblebee ya hihihih)


Tampan giler kan? Harganya lebih kurang 33k+- (yer, RM33,000.00)
Rase2 kan kalaulah beli pakai duit sendiri nee, mau kena tunda kawen sampai habes bayar hutang!Sebab tu la masuk dalam wish list kot2 ada orang nak bagi sebagai hadiah hantaran, kan.. Kekekeke ok sila siram saya pakai sebaldi air sejuk...


Wishlist saya yang ketiga,
Saya nak sebuah dompet baru.
Granted.

Last week outstation di Johor Port, on way back singgahla diJohor Premium Outlets (JPO), berjaya la merembet sebijik dompet kulit kat Fossil... Yeahhh!!! Nasib baik ada jugak wish yang 'affordable' hahahahaha

Alhamdulillah, umur saya dah dah 29 tahun (dan 8 hari), masih bernafas, masih sihat, masih ada rezeki, masih ada orang2 yang tersayang, masih ada kawan2, masih ada kerja, masih ada yang perlukan.. (^_^)Y

*Owh luper nak sebut, orang yang bertanya tuh dengan baik hatinya nak fullfillkan saya satu wish tambahan. Hahahah
Wishlist saya sebagai tambahan,
Saya nak sepasang kasut sukan yang baru untuk in-house training!  Yippie!!
Skechers buleh? Ahaksss!!!!

Khamis, 19 April 2012

29 and a day :)


Cik Julie: Saya nak bagi nih... *sambil hulur tupperware kecik isi apam bumblebee*

Encik Bumblebee: Owh.. Eh comel nyer.. *sengih*

Cik Julie: Semalam burfday saya.. *sipu2*

Encik Bumblebee: Wah.. Happy belated burfday! *dia sengih lagi..*

Cik Julie: Terima kasih... *dah blushing giler*

Encik Bumblebee: Ini... Buat ker? *dia senyum agak nakal*

Cik Julie: Tak la.. Ini beli.. Lain kali orang buat... *'orang'??!! rase nak tampar diri sendiri okey!!*

Encik Bumblebee: Niceee... *dia cakap sambil senyum meleret sumpah comel tak tipu!*


Bumblebees (^_^)Y

Khamis, 12 April 2012

W1D3 - LISA Latihan Cinta Antarabangsa



Rutin

Superman Push-ups
Elevated Push-up’s & L&R knee to elbow touch with the Swiss Ball
Squat & Press with the Pink Sandbag
Ugi Clean & Press + Jump Forward + 3 x Squat Jumps
Reverse Pull-Ups on Dip Station
Side Jump Burpee + 2 knee to elbow Oblique Abs + Tuck Jump Centre (Alternate Sides)
Forward Lunge + Side Lunge + Knee Lift. (Alternate Legs) with the Pink Sandbag
Ugi Ball Push-up & Burpee + Sumo L&R Knee Touch.
Tricep Dip + Kickout V Abs with the Dip Station
Overhead Abs with the Pink Sandbag
Sandbag Shoulder Lift + Squat + Switch Shoulder Press with the Pink Sandbag
Speed Run

Selasa, 10 April 2012

Coret coret of the day

Rasenyer hari2 aku membebel kat sini kan.. Bukan kire ada orang bace ke tak, hihihihi ikut suka jer nak update apa2.. Pastu kat blog aku nih memang tak activatekan apa2 iklan ke Adsense ke Nuffnang ker, sebab aku sendiri menyampah kalau ada pop-up suruh klik sana sini bila visit site orang2 lain...

Kadang2 aku tulis pendek jer... Kadang2 aku tulis panjang berjela sampai sendiri pon tak larat nak baca.. Follower blog nih kebanyakannyer aku tak kenal pon hahahaha Tak kisah la korang stumble upon ker, terklik apa2 ker yang terdirect terus ke sini.. Terima kasih sebab sudi bace blog aku yang banyak merapu nih...

Makin tua rase makin kurang pulak kawan2 aku yang sedia ada (they get married, ada anak, terus luper kehidupan bersahabat agaknya) , tapi makin ramai jugak kawan2 baru yang aku kenal melalui forum.. Actively aku memang ada join satu forum diet, dan satu forum motor.. Seronok kadang2 aku rase macam aku jumpe 'real people' walaupon hanya bertegur sapa menggunakan keyboard. Ada juga yang Private Message (PM) aku ajak lepak2, ajak jogging, ajak makan, ajak tengok wayang.. Setakat nih yang kat forum diet tuh aku berani la kuar (sebab most of them perempuan) tapi bila budak2 forum motor tuh kebanyakannya lelaki hahah tak berani lagi la aku (walaupon aku tahu niat mereka InsyaAllah baik2 sahaja) =)

Malam nee nak tengok Battleship dengan BFF Leen dan ada jugak ajak2 ayam budak forum yang selalu tengok wayang kat GSC Alamanda tuh.. Tengok la jumpe siapa agaknya malam nih (^_^)Y





Jumaat, 6 April 2012

I Believe from Soundtrack Movie: Mirror Mirror

Last sunday pergi tengok Mirror Mirror dengan BFF Leen kat MBO Ampang.
Ending song si heroin Snow White (Lily Collins) nyanyi lagu yang ala2 rentak Bhangra..


I believe I believe I believe I believe I believe I believe I believe
I believe I believe I believe I believe I believe In Love Love love! (^_^)Y


Sebelum tu lagu nie telah dicover oleh Iranian singer Googoosh Cool




Dan inilah penyanyi asal lagu nih, Nina Hart   :)



Goyang + gelek

Khamis, 5 April 2012

W1D2 - Rutin Cergas Rasa Baik


*testing upload guna youtube account. hihihihih

Rutin

10 x High Knees, 10 x Mountain Climbers

2 x Squat Jumps , 2 x Push-ups, 1 x Tuck Jumps

Centre to Elbow Jump (L&R) , 2 x leg jumps

Clean, Press, Squat, Press, Push Up

Tuck Jumps x 5, ½ Burpee,; squat hold x 5

Spider Knee Push up, Straight Leg Push Up (L&R)

Switch Lunge, Press

Side Lunge x 2, L&R Side Punch, 2 Tuck Jumps

10 x Squat, 10 x Squat Jumps

Elbow to Knee jumps 10 x each side

Wide leg jumps,  Push up

Speed run

Rabu, 4 April 2012

Unwell..

Huwaaargghhhhh Harinee tak berapa sihat.. Malam tadi takleh tido dengan aman.. Kejap2 bangun, pi minum air... Tido balik, bangun gi bilik air pulak.. tido lagik.. Bangun lagi, tukar posisi upside down pulak!

Kat opis srooott srooott ramai dah tegur tak sihat napa datang opis? huhuhuhu ku gigihkan jugak.. rase kalau tak larat sampai tak bangun Subuh tu mungkin la MC hari nee...

Selasa, 3 April 2012

Bodyrock 30 Days Challenge

Yehaaaaa.. Hari ini hari kedua workout challenge yang aku download daripada Bodyrock.tv.. Bawah nee Fit Test untuk 1st day..

video

Rutin: Squat Jump
Push Ups
Burpees
High Knees
Switch Lunges
Tuck Jumps
Straight Abs

Haaaaaa.. Cuber buat yer kawan2... Jangan ingat anda kurus anda mampu :P

Khamis, 29 Mac 2012

Produk2 Diet

Sebelum nih aku ada baca pasal produk2 yang dikonsume demi untuk berdiet oleh mereka2 yang gimuk... Fikir punyer fikir aku pon raseye banyak jugak spend untuk beli bahan2 yang memang 'menguruskan poket bukan badan' nih.. hehehehe



1. Slimming Set (Sendayu Tinggi)
Slimming set dia, ada 3 barang.. 1001 Lucidum, Garlic Plus dengan Slimmertique. Memang teruja lepas baca Majalah Mingguan Wanita masa kat kampus dulu.. Ini kira supplement diet pertama yang aku try la.. Pantang nyer very2 strict la.. Tak boleh minum ais (paling susah nak tinggal wei!) .. Nasi satu senduk jer... Lain2 sayur mayur ikan ayam dagingboleh. Seafood elakkan.. Aku berjaya tahan 2 minggu jer, turun 4kg :)















2. F1, Teamix(Herbalife)
Ini aku terjebak dengan Stella yang aku kenal kat internet melalui blog dia.. Sekarang dia memang top level kat Herbalife Malaysia, tak kerja dah (dulu parttime jer HL nih) Hahaah nak menunjukkan betapa lamanya aku dah kenal HL nih.. Semua F1 flavour aku dah rasa.. Chocolate, Tropical Mix, Strawberry, Vanilla, Cappucino... Teamix Herbalife Hibiscus flavour pon aku rase antara teh terbaik sebab boosting tenaga untuk bakar lemak... A bit pricey walaupon aku dapat harga dealer 40% off masa tuh ;) Aku tak berapa nak turun la sebab minum main2.. Hahahaha


















3. Lax 7 (Ombak Besar)
Terjebak beli masa mula kerja kat Ampang.. Masa tu berat aku 104kg... Turun 4kg dalam masa 2 minggu gak. Aku stop sebab boring hahahahaa





















4. RxLite (WorldWellness)
Fuhhh Rase memang terbaek.. Rase cokelat semata dik.. Tapi aku tak tahan lapar dowh... last2 tak habes sekotak aku dah jual kat orang lain.. Hahahahahaha

















5. Shape Plus
Serious rasanya macam minum jus epal... Aku stop sebab penurunan aku rase agak slow, padahal aku pon salah sebab tak cukup minum air kosong.. Aku tak ingat lagi harganya, tapi still contact2 lagi kakak Maz yang jual product nih.. Sebab dia ada jual prodcut collagen jugak...

























6. Litchin (De Bella)
Aku rase aku memang antara pengguna terawal Litchin ni.. macam 2-3 bulan lepas launching aku dah beli ahahahaha Siap pergi kursus Slimming Consultant (De Bella bagi free masa tuh)
Kurang berjaya turun sebab malas nak minum 4 liter air kosong sehari.. :D

















7. Zenoctil (Fat Burner)
Sekotak ada 60 kapsul RM98, discounted jadi RM90. Tapi kalau beli 2 kotak promo RM180, dapat free 20 bijik .(Harga asal kotak promo rm196) So total lepas diskaun rm186 siap poslaju.. berbaloi2.. Masa tuh, setelah 2 minggu consume Zenoctil, berat turun 2kg..Tapi, inch kat perut memang telah berkurangan sebanyak 1 inch.. Alhamdulillah.. Aku consume 2 biji x 3 kali sehari... Habes sudah stock Zenoctil.. dalam masa lebih kurang 15 hari.. Penurunan slow tu aku malas nak sambung...




























8. Garcinia Cambogia Extra Strength (Raksa Thai Herbs)
Ini la product last yang aku beli dalam hujung tahun lepas (2011).. rega dalam rm175 sebotol ada 100 biji kapsul kat dalam. memang extra kuat la.. malam2 tak boleh tido aku jadiknyer.. huwaa.. Sebenarnya kalau workout sambil makan bende nih memang bagus, tapi harapan aku untuk workout tuh sangat la tipis hahaha tu aku tak turun2.. Ada kawan aku makan sebotol turun 5kg...


















Setakat ini jerla yang aku ingat... Selama 10 tahun aku dah makan dan minum banyak bende rupa-rupenya... hahahah Hadoila...

Isnin, 19 Mac 2012

Berapa lama korang tido

Selalu kul 12am je rmesti den dah set masa untuk tido.. Pastu bangun area kul 6.30am. Ini memang standard time la.. Cumer kadang kalau tido kat umah pakcik kat ampang tuh, kul 6.00am dah terpisat2 mata terbangun sebab makcik dok kejut anak dara dia gi sekolah rase satu taman bangun.. hhahahaa :D

Sebenarnya, masa yang diperlukan untuk orang dewasa macam saya untuk tido adelah selama 5 jam sahaja. bunyik macam tak cukup kan? haaaa itu sebab dah terbiase sangat tido tak hengat dunia!

tapi bila pikir2 balik patutla diaorang nee (merujuk kepada kawan2 bodybuilder dan exercise saya) sempat workout sebab bangun pagi2 kul 5, workout sejam lebih kurang, kul 6 dah siap2 mandi solat dan pergi kerja... mule2 tue memang rase letih (diaorang cakap la) lama2 rase energetic dan sangat ketagih untuk buat camtuh!










*diceduk dari http://nurserihatimak.blogspot.com/ dan diubahsuai oleh saya ;)

So berapa orang sanggup tukar jadual tido anda mulai hari ini? (^_^)Y

Isnin, 12 Mac 2012

Wedding0303: Satu2nyer kira2 yang saya track (Final List)

Phew majlis dah selesai alhamdulillah... tapi lom sempat upload gambo la.. Belom habes tengok pon hihihihih

So ini jerlah list barang2 dengan harga yang dapat ditrack sebab saya sendiri pergi beli dan uruskan huhuhuhuhuh Sebagai rujukan lain kalai kalu ada majlis lagi InysaAllah dah boleh budget mana patut kurang mana patut lebih.. :)

Hantaran
Bunga hidup :RM140
Dulang hantaran 7 biji :RM140
Hot gam (refill) : RM3
Reben :RM7
Reben Macy (4 gulung): RM14.50
Dawai bunga (2 bungkus): RM2
Kain net striking pink (alas dulang): RM12.60
Pearl beads (5 bungkus 14mm/16mm): RM10
Span bunga basah (2 ketul): RM4
Album: RM9.90
Teddybear Famos Amos: RM22.90
Upah Hantaran (RM20x7): RM140
Sub-TOTAL: 505.90

Baju Mak dan Saya

Kain lace manik 1.5meter :RM238
Kain selendang Siti untuk emak :RM22
Tudung Saya :RM10
Tudung Syria saya: RM20
Upah Tudung Mak: RM40
Upah Jahit Baju Saya: RM38
Upah Patch Baju Saya: RM80
Upah Jahit Baju Mak: RM16
Upah Patch Baju Mak: RM100
Sub-TOTAL: 564.00

Variasi
Cadar pengantin : RM150
Veil Kepala Katil: Rm100
VIP Doorgift: RM160.00
Pewangi Lovely Lace : RM39
Sub-TOTAL: RM449

TOTAL: RM1518.90

Syukur semuanyer berjalan dengan lancar... (^_^)y

Khamis, 23 Februari 2012

Wedding0303: Test drive Alza

Wahhh Harinee den halfday.. Dah agak dah kelam kabut kemas pagi tadi, gelung rotan ruper nak bawak! Takpelah nanti 01/03 datang kl amik la sekali.
So malam tadi Alza sampai depan rumah jam 11.45pm gitu. Test drive sekejap, tanya itu ini..

Takdela pelik2 sangat function kereta nih, lebih kurang myvi jer cumer panjang sikit dan gear kat dashboard.. (ahahaha aku tak taula apa gaya Che Ki nak bawak kereta nih karang, dah la tak pernah bawak auto orang tua tuh.. hihihihi Tapi pagi tadi termenggelabah jugakla tatau mana nak bukak bonet balakang. Tapi Alza nee bonet belakang adoiyai, kecik giler nak shopping apa kat kelantan nanti takleh la bawak beras banyak2 hahaha

So, jap lagi den pi amik Fresh Flowers kat Sharnas Floral Gift kat Precint Diplomatic, Putrajaya pastu hantar kat Farisha kat flat hijau Presint 11.
Harap dapat siapkan by Asar, boleh den terus balik kampung...


Khamis, 23 Februari 2012
*deleted*


Serabut serabut banyakknyer kerja tak settle lagik!!

Rabu, 22 Februari 2012

Wedding0303: Kereta Sewa

Owh pening dan menkelamkelibut sudah haku ini... Kereta yang sepatutnyer pakcik aku bagi pinjam, tak keluar2 lagi workshop. Scary okeyh. Last, buat decision sewa sebuah Alza Auto selama 2 minggu daripada Encik Naim tukang bisnes kereta sewa. Pong pang pong pang, dapat la discounted price rm1500. Kalau ikutkan 7 hari pon dia amik rm1000. Huhuhuh Apa nak buat, den takmo amik risiko...

Rabu, 22 Februari 2012 Deleted

Balik kerja nih nak kena carik album atau frame untuk letak duit hantaran, dengan teddybear nak letak gelang nanti.. *tadah tangan* Ya Allah Ya Tuhan Kami, permudahkan lah urusan hamba-hambaMU ini dunia dan akhirat, Aminnn...



Isnin, 20 Februari 2012

Wedding0303: Persedian Hantaran + Baju Majlis

Assalamualaikum...
Nak update pasal persediaan majlis 03 Mac 2012 nih
Sebagai rujukan takut haku luper.
Ini yang aku buat la:

Isnin, 20 Februari 2012

*deleted*


Semalam baru angkat balai kat rumah kampung. Tak pasal2 pagi tadi kena ambush dengan Salina (kawan since tadika) meroyan2 dia sebab tak bagitahu pasal majlis sebab dia dah ternampak balai depan rumah tuh.. Hahahaha

Letih aku nak explain nih... :D

Rabu, 15 Februari 2012

Blood Pressure / Tekanan Darah

Hari Isnin lepas, aku check tekanan darah kat kedai pakcik aku.

Atas 128
Bawah 100

Aku memang tak pandai bace apa yang betul, apa yang tak betul kat bacaan macam nih. Kemudian Cifu aku Cik Cima bagi link gambar nih.



Mak aih... Bawah tu bacaan 100 dah masuk border nak 'require treatment' !?!
Huwaaaaaaaa T____T terus pressure haku!

Bodybuilding


Sebenarnyer macam dah lama jugak la aku berminat dengan bodybuilding.
Sebab aku sangat tertarik dengan 6 packs yang ada pada para bodybuilder nee..
Tak kisah la lelaki atau perempuan, aku sangat envy kalau orang tu ada ketak2 (specially Abam Jacob la hihihihi)
Siap aku pernah tanya kat sorang personal coach nih untuk buat bodybuilding, hahah kena quote 6k pengsan haku..


Masa tuh tahun 2009, aku baru jer start keja setahun ke belum cukup, mana ada ongkos bai.. Hahahaha

Dipendekkan cerita, tahun lepas aku ada join satu forum. Forum nie memang banyak discuss bende2 yang memang aku minat nak buat dalam hidup, dan salah satunyer ada la thread pasal bodybuilding. Orang2 dalam nih ada juga yang bekas2 ahli bina badan, ada pulak yang kerja kat hospital. So mereka banyak bagi tunjuk ajar dan komen2 membina untuk mereka2 yang baru nak start workout dan ada yang memang sedang dalam proses kat thread.

Cara makan, latihan, merehatkan badan, mengelakkan kecederaan dan macam2 lagi la.

So, aku dah mintak izin salah seorang tukang post iaitu Abam Inokoi untuk postkan komen2 dia kat sini. Supaya senang aku nak refer balik dan senang jugak kalau ada orang2 lain yang mungkin sedang cari ilmu pasal bodybuilding. Orang lain pon ada post jugak, tapi aku belum mintak izin lagi.. hihihih

Selain daripada info dari thread tersebut, ada jugak teknik2 senaman yang aku download dari youtube. Kalau ada masa aku masukkan sekali.

Mesti korang terfikir, budak (aku) yang gemuk 100kg nih nak buat bodybuilding apa jadah wei?

Walaupon aku tahu aku tak mampu nak buat kebanyakan latihan2 tuh, tapi aku harap sangat dapat kongsi sikit la ilmu2 yang aku dapat nih ngan korang yang singgah blog aku nih..

Dan bak kata Abam Adi sorang lagi yang rajin bagi nasihat pasal nee, Rome wasnt build in a day.. So, memang kena banyakkan sabar, latihan, jaga makan, rehat masa dalam proses membuild badan nih..

Post aku nanti secara random yer. Aku akan start dengan "Bodybuilding:___tajuk___".

Hahah panjang betul aku bebel hari nih.. K lah, chiow~~

Bodybuilding: Mesin Atau Free Weight?

Soalan:
Untuk beginner dalam body building, guna mesin ataupon free weight, mana lebih baik?

Abam Inokoi daripada MBC menjelaskan:

free weight dia akan bagi latihan kekuatan dan imbangan kepada muscle2 kecil yg lain disamping target muscle yg utama..manakala machine pulak dia akan terus ke target utama..imbangan berat akan dibantu oleh machine..tu sbb kalau guna machine biasanyer kita boleh buat lebih berat berbanding dengan kalau buat dgn free weight..

sebagai contoh..kita buat dumbell fly utk muscle dada (pectoralis major)..guna 10kg dumbell..masa kita buat kita bukan saja melatih otot pectoralis major malah otot2 kecil yg lain di sekitar lengan ketika mengimbangi dumbell tersebut semasa dlm proses latihan itu..

manakala kalau kita guna machine..kita hanya menggunakan kekuatan untuk menolak beban sahaja..kerana tugas mengseimbangkan beratan telah dibantu oleh machine tersebut...kebaikan guna machine..kita boleh buat latihan dgn lebih berat dan kemungkinan injury dpt dikurangkan..

manakala kelebihan guna free weight..kita dpt membina kekuatan keseluruhan otot disamping otot target dlm sesuatu latihan itu dan penggunaan free weight memungkin kita boleh perform pergerakan latihan dgn lebih bebas dan tak terkunci dek mekanikal mcm kita guna machine..

kalau machine kena ikut jalan dia jer laa kann..dah fixed..kalau free weight..kita leh adjust sikit tangan atau posture badan agar lebih selesa dan mudah mengenai target muscle..

manakala kelemahan guna free weight ialah seringkali kita dapati kekuatan anggota badan kita tak sama antara kiri dan kanan samada kanan lebih kuat dari kiri atau sebaliknya..jadi bila kesimbangan takder..kita tak dapat perform latihan dgn berkesan...

saya rekomenkan guna jer dua2 skali agar mendapat hasil yg terbaik..tapi banyakkan guna free weight dahulu untuk membina kekuatan serta imbangan pergerakan yg lebih baik..

Fully credit to: By Inokoi_MBC