Misi Kuruskan Zuly

Khamis, 31 Mei 2012

Kalau time puase tue, tengahari jer tebayang macam2 pulak menu nak berbuka.. Makruh sungguh perbuatanku ini.. [jangan tiru yer :P ] So, semalam gigih google resipi puding roti.. Balik kerja pi Mydin cari barang.. Malam tadi kul 10pm buat, kul 12 siap masuk peti dah..

Puding Roti Karamel Kismis















Bahan Karamel:
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air suam
- panaskan gula pasir dalam non-stickpan dengan suhu rendah sampai gula lebur dan keperangan.
- masukkan air suam, kacau sikit reus  tuang dalam bekas nak kukus nanti.
- lengserkan bekas tu dengan mentega/butter bawah dan bahagian tepi supaya senang nak terbalikkan nanti.

Bahan Puding:
5 keping roti gardenia
1 cawan air suam
1 cawan susu cari Ideal
1/2 cawan susu pekat
- blend semua. Den takde bekas blender yang bersih (karang den pakai yang biase tu rase cili pulak puding den tuh) so den tekan2 jer roti tu pakai burger punyer sudip petak2 tu sampai hancur.

3 biji telur ayam
1 sudu kecik esen vanilla
secubit garam
- kacau telur pakai garfu (tak payah pukul) agak2 dah campur elok, pakai tapis dan tuang dalam adunan roti tadi.
- kacau semua bagi sebati, tuang atas bekas isi karamel tadi.
- tabur2 kismis atas tue.
- kukus 45 minit :)

Tiada ulasan: