Misi Kuruskan Zuly

Rabu, 11 Julai 2012

Resipi: Bergedil Daging Ayam

Bergedil Daging Ayam
- yang dibuat dengan penuh kasih sayang (^_^)Y

Semalam gi pasar tani Putrajaya tu. Nampak orang jual soto ada bergedil kat dalam, alamak macam sedap nih..  Berkobar2 nak buat bergedil sendiri, beli la kentang sekilo, ayam seekor, daun saderi singgit..
*amaran keras KENTANG adalah TIDAK untuk manusia2 sedang berdiet!*

  • 1kg kentang dikupas dan rebus sampai empuk (masukkan sesudu minyak makan cepat sikit empuknyer, letak sekali garam dan gula sesudu)
  • 3 ketul ayam ( amik bahagian isi) / daging kisar setengah peket (rebus kejap, letak garam)
  • 1 biji bawang besar (hiris halur, tumis sampai layu ada geseng2 sikit takpe)
  • 1 pokok daun saderi (hiris halus gak)
  • 3 biji telur, pukul masukkan dalam adunan nanti
  • 2 biji telur, pukul gak tapi untuk salut sebelum goreng.
  • Garam secukup rase
Lenyek kentang , masukkan ayam/daging, bawang yang digoreng dan daun saderi.
Perasakan dengan garam, masukkan sekali adunan telur 3 biji tadi.
Bulat2kan, celup pulak dalam telur dan penyekkan sebelum digoreng dalam kuali dengan minyak agak2 cover separuh bergedil. Dah garing sikit, angkat toskan dan ngap!

Selamat mencuba!   :grin:

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ujian ulasan