Misi Kuruskan Zuly

Khamis, 5 Julai 2012

Tanya: Terpikat Dengan Lelaki Muda

Terpikat Dengan Lelaki Muda
SAYA menyukai seorang lelaki yang jauh lebih muda daripada saya. Saya bertugas sebagai tenaga pengajar di sebuah universiti tempatan dan mula tertarik dengan M yang sebenarnya pelajar saya.
Saya gemar melihat perilakunya yang penuh sopan dan sangat lemah lembut apabila berbicara.

Dia tampak lebih matang daripada usianya. Namun, memikirkan perbezaan usia hampir sembilan tahun, saya menjadi segan pada diri sendiri.

Wajarkah saya menyimpan perasaan sedemikian terhadapnya? Pelik juga memikirkan saya mudah tertarik dengannya, sedangkan saya bertemu pelbagai pelajar sebelum ini dan tidak pula pernah tersangkut.

Adakah ini jodoh saya atau kerana saya mula berasa sunyi menyebabkan saya mula menyukai dia kerana kami banyak menghabiskan masa bersama.

REEFA KHOLID
Subang Jaya, Selangor



JAWAPAN:
Cinta itu buta dan tidak mengenal rupa mahupun siapa. Itu ungkapan sesuai menerangkan situasi yang mana saudari tertarik dengan lelaki yang jauh lebih muda.

Realistiknya, saudari masih tidak dapat menerima hakikat jatuh cinta terhadap pelajar sendiri, menyebabkan saudari mencipta seribu alasan untuk menafikan perasaan itu.

Apa salahnya saudari berkelakuan ‘kelam disigi, lekung ditinjau’ yang bermaksud selidiki dulu persepsi atau penerimaan si dia sebelum membuat kesimpulan mengenai kemungkinan masa depan hubungan cinta saudari.

Namun, untuk mendapatkan kepastian, perlu diteliti dengan cermat supaya ia tidak memperlihatkan bahawa saudari begitu terdesak.

Antaranya, saudari boleh menggunakan bahasa tubuh menerusi pandangan mata mahupun senyuman berbeza bagi menggambarkan saudari berminat.

Selain itu, saudari boleh minta ‘orang tengah’ yang boleh dipercayai dalam menyampaikan maksud saudari berminat menjalin hubungan cinta dengannya.

Selain itu, jangan lupa memohon petunjuk sama ada si dia adalah jodoh yang Allah tentukan untuk saudari.


Sumber: Harian Metro Online

Rabu, 20 Jun 2012

Skyscraper - Demi Lovoto

Skyscraper - Demi Lovoto



 [Verse 1:]
 Skies are crying, I am watching
 Catching tear drops in my hands
 Only silence as it's ending
 Like we never had a chance
 Do you have to make me feel like
 There's nothing left of me?

[Chorus:]
 You can take everything I have
 You can break everything I am
 Like I'm made of glass
 Like I'm made of paper
 Go on and try to tear me down
 I will be rising from the ground
 Like a skyscraper
 Like a skyscraper

[Verse 2:]
 As the smoke clears, I awaken
 And untangle you from me
 Would it make you feel better
 To watch me while I bleed?
 All my windows still are broken
 But I'm standing on my feet

[Chorus:]
 You can take everything I have
 You can break everything I am
 Like I'm made of glass
 Like I'm made of paper
 Go on and try to tear me down
 I will be rising from the ground
 Like a skyscraper
 Like a skyscraper

[Bridge:]
 Go run, run, run
 I'm gonna stay right here,
 Watch you disappear
 Yeah, oh
 Go run, run, run
 Yeah, it's a long way down
 But I am closer to the clouds up here

(Like a skyscraper)

 Like a skyscraper
 Like a skyscraper

Rabu, 6 Jun 2012

Resipi: Serawa Durian

1st time try masak serawa durian dengan pulut. Orang utara biase makan dengan roti jala kot, tapi den tak pandai nak menjaring so tanak pulut jer la ek.. Serawa durian nie ada gak panggei kuah durian, sedap gak kalau buat cicah roti bantal..
PULUT:
300grm berat pulut
1/2 cawan santan pekat
1 sudu minyak masak
Secubit garam


- Rendam beras pulut selama setengah jam dan toskan, masuk dalam bekas untuk dikukus (bekas biase). Tuangkan santan + air sampai tutup permukaan beras pulut. Masukkan garam dan minyak masak. Kukus setengah jam. Masa ni beras pulut dah separuh masak, alihkan ke bekas yang berlubang2 (boleh alas daun pisang atau daun pandan kalau mahu), sambung kukus lagi 20 minit. Angkat dan tepikan.


SERAWA:
8 ulas durian kampung
1 cawan air panas
1 cawan santan pekat
1/2 buku gula merah (hancurkan)
3 sudu gula pasir
3 helai daun pandan
secubit garam


- Lenyek2 durian. Bancuh air panas dengan gula merah/melaka dan gula pasir, guna penapis tuangkan bancuhan tadi ke dalam periuk. Dah mendidih, masukkan santan, durian (den masuk jer sekali ngan biji2 durian :) ), garam dan daun pandan yang disimpul kasih. Kacau sampai pekat, boleh tambah air kalau terlalu pekat. Sampai mendidih agak2 dah rasi boleh la angkat dan tuang atas beras pulut tadi ;)
Modify message

Khamis, 31 Mei 2012

Kalau time puase tue, tengahari jer tebayang macam2 pulak menu nak berbuka.. Makruh sungguh perbuatanku ini.. [jangan tiru yer :P ] So, semalam gigih google resipi puding roti.. Balik kerja pi Mydin cari barang.. Malam tadi kul 10pm buat, kul 12 siap masuk peti dah..

Puding Roti Karamel Kismis















Bahan Karamel:
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air suam
- panaskan gula pasir dalam non-stickpan dengan suhu rendah sampai gula lebur dan keperangan.
- masukkan air suam, kacau sikit reus  tuang dalam bekas nak kukus nanti.
- lengserkan bekas tu dengan mentega/butter bawah dan bahagian tepi supaya senang nak terbalikkan nanti.

Bahan Puding:
5 keping roti gardenia
1 cawan air suam
1 cawan susu cari Ideal
1/2 cawan susu pekat
- blend semua. Den takde bekas blender yang bersih (karang den pakai yang biase tu rase cili pulak puding den tuh) so den tekan2 jer roti tu pakai burger punyer sudip petak2 tu sampai hancur.

3 biji telur ayam
1 sudu kecik esen vanilla
secubit garam
- kacau telur pakai garfu (tak payah pukul) agak2 dah campur elok, pakai tapis dan tuang dalam adunan roti tadi.
- kacau semua bagi sebati, tuang atas bekas isi karamel tadi.
- tabur2 kismis atas tue.
- kukus 45 minit :)

Jumaat, 25 Mei 2012

Bumblebee dah ada gurlfren..

Saya: Errr.. Assalamualaikum.. Tak kerja ke harini?

Bumblebee: Wa'salm, kerja tapi kat site Putrajaya. Kenapa ek?

Saya: Esok wat apa aper tak?

Bumblebee: Esok gi dating... Kenapa ek? (Okey pandai betul dia buat lawak..)

Saya: Arr.. Esok ada Water Sport Activity.. Nak join tak? Ada tempat kosong..

Encik Bumblebee: Owh.. 2 orang boleh? (Muka den tukar kaler biru..)

Saya: Errr.. Boleh2.. Eh, tak payah tanya gurlfren dulu ke? (setulus hati den bertanya..)

Encik BUmblebee: Takpe, dia ikut saya jer..

Saya: Okeyla camtuh.. Esok jumpe kat guardhouse opis kul 8.30 pagi yer..

Encik Bumblebee: Orait, see you tomorrow then..

*Letak phone.. Okey, dia dah ada gurlfren sebenarnya.

The End.

T___T

Isnin, 14 Mei 2012

Premium Beautiful RM2600

Den down sabtu lepas sebab ada orang approach suh beli premium beautiful *sejenis korset 3 lapis* kat den.. 

Pastue dia ukur2, suruh den amik size paling besau sekali.

Siap cakap, "Jangan tunggu sampai dah takde size kena custom made nanti.. "

T___T memang takde maknanya, 2.6k gilerrr..

Boleh beli threadmill seketui..

Selasa, 8 Mei 2012

Jantung lompat2!

Petang semalam masa balik, sampai kereta nak buka bonet pandang kiri nampak macam Encik Bumblebee berjalan menuju kearah den.. Eh, alamak betul ker dia hala kesini?

Kecik besar kecik besar mata den nengok, yang kunci bonet tak masuk2 dari tadi..

Sampai dia tepi kereta, "Eh, tak perasan tadi sorry orang rabun jauh.." Den sengih tapi dia tiba2 bukak pintu kereta dan masuk kat sebelah pemandu.  Kelam kabut aku masuk sama..

"Alaaa.. malasnyer nak balik... " Ayat pertama dia sambil buat gaya kepenatan..

"Balik mana?" Aku terus start enjin *ader gak bawak lari anak teruna orang nih karang! Miahahaha*

"Dengkil.." Senyum.

"Arr serious?!" Muke aku tak boleh cover punyer terkejut..

"Taklah, Banting... " Senyum lagi.. Dem, dia nie tak boleh ke kalauu tak buat senyum ala2 prince charming tuh?

"Drive carefully tau.." Dia nak kuar bukak pintu..

"You too.." Aku balas sambil dalam hati rasa jantung macam dah lompat2!