Misi Kuruskan Zuly

Rabu, 25 Februari 2009

Her Diary (part1)

Buku nipis berwarna ungu itu kusambar. Helaian demi helaian ku selak perlahan. Pandanganku terhenti pada satu muka surat.

5th January 2009

I ate alone during dinner. Hated to eat by myself. Starting to cried
out loud before sleeping. *sigh* I missed him so much. Zur asked me to call him.
I can't. I just can't. Instead, i call Jasshwa and he lend me his shoulder.
Thanx dear.. Slept at 9pm..




Aku mengeluh kecil. Mataku terus melihat ke muka seterusnya.


6th January 2009

Ate alone, again. But this time i managed to control my feelings
better. Getting used to it, huh?.. I guess..



Tulisan tangan pada catitan ini lebih baik dari hari sebelumnya. Mungkinkah dia benar-benar telah melupakan?

Melupakan sesuatu yang dahulu pernah menjadi rutin dalam kehidupan sehariannya?

Isnin, 23 Februari 2009

Ruginya perempuan yang tak nak kawin..

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian.

Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah.

Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan."

Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?”

Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

Dipetik dari : raudhah.com

Khamis, 19 Februari 2009

Whats for my breakfast???

Wah.. Lama jugak haku tak hapdate... Sorry readers, berat tak berapa nak turun, so haku pon malas gak la...

But today, i'm proudly to annouce that since 1 week, i manage to drink at least 2.5 litre plain water per day, for this 7 days! Haih, though act taw for me to take such an amount of water.. Also, i'm able to avoid cold drink.. Yeay! Thanx for the supports guys..

Therefor, my current weight was now 98.2KG ! well, nampak cam sikit jerkan berat turun, tak sampai 2Kg pon.. But dat means a lot to me.. Since ader satu satu hari tu my weight wuz 97.6KG, tapi cannot counted in lar coz 1 hari jerrr..

Heheheheh Sekarang nee, makan malam dah tak berapa heran sangat.. tapi tea time mesti kene amek (around 4pm).. Tengah hari makan buah..

Cumer problem besar.. Breakfast..

Since Tekno SME1 nee pagi2 lagi ada Nasi Goreng, Mee Goreng, Kueteow Goreng, Maggi Goreng, Macaroni Goreng and Nasik Lemak, aku pon selalu amik these kind of food la.. Roticanai pon ada taw.. Jiwa belum cukup kental lagi nak breakfast roti jer (macam Irwan.. Heheheh)..Kuih Muih pon banyak..

Cemana korang pikir? What should i take?

Khamis 19 Februari 2009 : 98.2KG

Selasa, 3 Februari 2009

Alkisah 1KG...



Selasa 3 Januari 2009 : 100.5kg

Haruslah aku meroyan tengok penimbang pagi nee. Bertemu teman lama diikuti dengan ayat "Ko order aper jer yang ko nak makan.. Aku belanja..!" adelah sesuatu yang amat sukar untuk dielakkan. Hailaaa Agus, aku tgh misi diet nee ko boleh bawak plak tempat best! Ciessstt... Hasilnyer, berat nak 1KG yer kawan2...

Alkisah diJB la nee.. Setelah kazen2 aku masuk ke Persada Johor, aku dan Epin (adik no1 ) bergegas menuju ke Dataran. Ex-classmate aku si Agus dan tunangnyer Maisara nak jumpe kat situ. Sementara kami menunggu, layan Kerang Rebus dulu.. Dataran belakang Hospital Sulatanah Aminah nee khabarnyer memang terkenal dengan stimbot.

Sekali Agus call cakap sebenarnya nak bawak makan pi tempat lain... Ceh. sebaik aku tak order nasi goreng kerang.. ngeee.. Sampai kat restoren yang ala2 Nailis Ampang tue (aku tak tau nama, tapi Agus kata sebelah2 jer ngan Restoren Warisan), aku pon mengorder dengan jayanya..
Siakap Sweet Sour, Tomyam Ayam Cendawan, Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin, Air Cheekang.. Huih.. haruslah aku nak tambah lagi Butter Prawn tapi diaorang takde buat. Sekali Agus tambah Kerang Bakar Sambal.. Adeih, kerang lagik!


Aperpon, thanx ek Agus belanja makan..


(Boleh plak dia claim nak mintak aku belanja makan Otel plak lain kali.. Turun KL la bro baru citer panjang.. Heheheheheh)

Tunggu2 punyer tunggu, kul 1.30pagi budak2 nee abies even kat Persada tue.. Perghh.. Ini Dinner siap Sahur sekali ker haper? Si Napi (adik no 2 ku) cakap selagi VIP lom blah memang diaorang takleh blah. Tue belom masuk protokol segala bagai, siap acara tari menari yer.. Wah, Si Rehan ngan Raimi sakan la korang yerk kat dalam tue.. Aku ngan Epin jugak yang kene gigit nyamuk tunggu korang.. Huhuhuhuh..

Kul 2.30 gerak ke KL, Napi plak balik Kem ngan kawan2 dia. Sampai Machap aku dah tak boley blah. Tido sampai kul 5.30pagi. Budak berdua tue memang dah lingkup sedari awal. Sambung lagi sampai Hentian mana ntah sebelum Pagoh tue berhenti jap Subuh. Pastue anta Rehan gi MMU Melaka, sempat la bekpes. Sambung trus gi KL sampai Ampang kul 10.00 pagi. fuhh.. Penat giler, kemas2 kereta, cucui baju.. Pastue aku terbongkang sampai kul 5 petang yer..

Haruslah aku sambung berceloteh lain kali.. Bos dah masuk kerja.. Hehehe :)

ps: Ayed, nak bear besar cenggini! :P