Misi Kuruskan Zuly

Isnin, 12 Julai 2010

Macam mana I nak kawin dengan u?

Alkisah, ada satu ID YM dalam aku punyer list yang rasenyer dah 3-4 tahun.. AKu namakan sebagai Nedy Lan (wakakaka ikutkan hati, nak ajer aku letak ID sebenar dia... Hikhikhik) . Aku tak tahu dari mana aku dapat, sebab tak pernah bertegur sapa..

So one fine day, 2-3 minggu sebelum nih dia tiba msg2 aku.. Cakap nak berkenalan.. aku ok jer la.. Orang nak kenal2, takkan nak menyombong pulak.. Aku tanya mana dapat ID YM, satu Uni ker? Dia kata bukan, tapi dok Melaka. Aku fikir mungkin ada la kawan2 masa belajar dulu pass2 ID YM ker aper ker.. Ok..

Dia mintak no phone, aku bagi la secondary line aku (cuak nak bagi main line, kalau pepehal senang nak terminatekan number.. Miahahah). So, start dari tu rajin la dia msg2 aku, kdg sampai 2-3 kali msg bende yang sama.. Kdg tak balas sebab aku takde kredit pon, dia ckp la nak topupkan la, aper la.. Pastu start ber"abang", "i", "u".. hadoih.. Pelik aku mamat nee tak tanya pon aku nee ade pakwe ke tak , dah kawen ke belum.. Aci redah dengan kondifen jer??

Masa nee aku dah start rimas, last2 dia call2 sebab aku memang malas nak balas msg dia.. Hihihi tapi kalau dia call pon, aku jawab " Ermm.. Ye.. Owh.. K... is it? Arr...".. Aku dah strat rase mamat nee cam pelik jer... Ade gak aku ngadu kat member aku si Polkadots, dan dia suruh hang-up jer.. Aku takmo buat camtuh, karang kalau mamat tu betul2 saiko maunyer dia buat dajal letak no phone aku kat website XxX karang, naya jer (Opss, kiter boleh terminatekan number sebab secondary line, kan ;) )

Dipendekkan cerita, satu malam Nedy nee anta msg..
Nedy: Tanya sikit boleh

Aku tak balas.. Esok pagi dia msg sekali lagi bende yang sama..
Aku: Yes

Nedy: Awak nee kurus ke gemuk?

Aku cam terpempan seketika dengan soalan dia.. Aiks, selama nih tak pernah tgk gambar aku kat Avatar YM tuh ker?
Aku: Gemuk. 103kg. Tipu sket berat kasik up..
Miahahah hamek ko!

dia pon balas...
Nedy: Macam mana I nak kawin dengan u


...


Reaksi aku masa nee...
What the efff...??!!!!
Mase nee dengan pantasnyer aku balas,
Aku: Kenapa

Dia senyap..

Petang tu aku sms lagi, "Kenapa.."

Hahahahah Kawan aku Sue ckp, suruh hari2 sms Nedy tuh "Kenapa" , supaya dia tersaiko.. Aku gelak jer.. Tak payah la nak membazirkan kredit kat jantan camtuh.. Habis sampai ke sudah dia dah takde call or sms aku..

Moral of the story, kalau korang terjumpe ngan jenis2 manusia camnee, dan ingin menghindarkan diri daripada mereka, inilah cara paling efektif. Beritahu saja berat anda lebih daripada 100kg!

2 ulasan:

Unknown berkata...

berat saya 150kg n awak x bleh kawen dgn saye.


sekian time kasih..
(^_^)

ZulyKurus berkata...

hahahahahah nice~~