Misi Kuruskan Zuly

Isnin, 29 Oktober 2012

Resipi: Kupang Bakar Keju @ Mussel Cheese Bake

Sejak pertama kali makan Kupang Bakar Keju @ Mussel Cheese Bake dekat Zara Alfresco, Johor Port bulan 4 haritu teringat-ingat la nak cuba buat sendiri. Kat Muar memang senang nak carik stok kupang segar, jalan menghala ke Bandar Muar dari Sungai Mati tue kiri kanan ada orang jual kupang, keram, tiram pon ada. Semua segar bugar belaka. 

Ini percubaan yang kedua nak masak nih. Resipi dulu lepas rebus kupang kejap, toskan air dan buang sebelah cengkerangnya. Lepas tu main letak jer bawnag putih cincang, marjerin dan sudukan sikit kuah spagetti dari botol Prego, letak keju cheddar atas kupang dan terus bakar dalam oven. Tak menjadi sangat. Kupang tu boleh la makan tapi rase pelik sikit. Tak macam yang saya pernah rasa.

Semalam saya cuba lagi. Kupang saya beli RM6 sekilo, cukup la nak try lagi takut tak menjadi taknak beli banyak2. Kira-kira ada dalam 20 ekor (ekor ker nak sebut? hahahah) boleh tahan besarnya. Saya google lagi resipi, last-last saya nekad ikut sedap rasa nak ngelatkan resipi2 yang saya jumpa tuh. Hasilnya saya dapat resipi ini:


Kupang Bakar Keju @ Mussel Cheese Bake

Bahan-bahan:

Kupang - 1kg (direbus dan ditoskan, cabut 'akar' kalau masih ada dan buang sebelah cengkerang) 
Mayonis - 4 sudu makan
Bawang putih 1 ulas (dicincang halus)
Mentega - 2 sudu makan
Sos spagetti - 4 sudu  makan
Piza Topping - secukupnya (boleh guna Mozarella cheese sebab separuh daripada kandungan pizza topping juga adalah Mozarella) 

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dengan api perlahan (cukup untuk cairkan sahaja), terus masukkan bawang putih dan kacau sekejap dan alih ke dalam bekas lain.
2. Campurkan mayonis dan sos spagetti kedalam bekas tersebut dan gaul rata. Sudukan pes ke atas kupang.















3. Taburkan pizza topping atau mozarella cheese keatas pes kupang tadi, bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 10 minit. Masa membakar, mungkin masih ada saki baki air dari kupang tadi, golekkan sikit kulit kupang supaya air mengalir keluar.

4. Hidangkan. Sedap dimakan masa masih hangat.
 



Selamat mencuba!  (^_^)Y







Khamis, 18 Oktober 2012

Resipi: Cendawan Goreng

Semalam den goreng cendawan buat dinner.
*cis tak sihat lansung kunun2 takmo makan nasik tapi minyak kat cendawan nih lagi seram nok..

Cendawan Goreng 



Bahan2:
400 gram cendawan tiram
1 peket tepung kecil tepung goreng Goji (gune separuh)
5 sudu makan tepung gandum
1/2 kiub pati ayam Maggi
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 cawan air sejuk

Cara2:
Campur semua bahan dalam mangkuk, masukkan cendawan (basuh dulu cendawan, toskan atau lap pakai kitchen towel, kalau tak nak gigih sangat ko perah2 jer cendawan tue pakai tangan hahaha), goreng celupan cendawan dalam kuali dengan minyak yang sangat panas. *Kegagalan guna minyak yang panas akan menyebabkan cendawan anda serap minyak banyak giler. bahaya untuk jantung.
Selamat mencuber

Den anggap resipi nih berjaya sebab osmate tanya masa makan,"Eh awak kata goreng cendawan mananya? Ini sotong goreng tepung ke ape?

Selasa, 2 Oktober 2012

Trial Day, Sore And Torn

Semalam pertama kali la jejak kaki ke Gym KBS, Level 1, Precint 4, Putrajaya..
Humangaih ramainyer umat.. Sampai tersegan haku nak snap2 pics (well, first timer takleh nak tunjuk jakun sangat :P ) Ramai sungguh jejans body ketul2 wewewe~~~

6.45pm start naik beskal 1km. pastue wat ladder ker yang mcm naik2 tangga tuh, dalam 2 tingkat. Pastu buat rowing (ala2 berkayak) 2-3 minit. Tapi dah start rase berpeluh..
Pastu baru mula trial traning.
  • 20 x Squat
  • 20 x Lunges
  • 10 x Standing Dumbbells Curl
amik nafas sat..
  • 15 x Flat Bench Press With Dumbbells
  • 20 x Step Up Step Down (each kaki)
  • 10 x Push Up
gegar dah kepala lutut
ulang balik
  • 15 x Flat Bench Press With Dumbbells
  • 20 x Step Up Step Down (each kaki)
  • 10 x Push Up
pastu tambah
  • 20 x  Barbell Lunges
  • 20 x Leverage Shoulder Press
  • 7 Min Cross trainer (lepas discount 3 minit, patutnyer 10 minit hahaha)

Total workout + rest settle dalam masa 1 jam. Ini baru trial.. kalau dah start betul2 rase sampai merangkak-rangkak sanggup ke tak? Hahahaha Balik tu msg Osmate ajak teman makan sayur campur goreng letak ayam (salah order menu, nak mintak sup sayur sebenarnya tapi aku rase otak dah tak berapa nak function time nih..). And Yes makan kedai Mat Ayam Kampung Serdang sebab tak rase nak angkat sudip pun haku larat lagi..).

Pagi ini bangun, memang sore and torn.. Naik tangga opis dah kalah orang ngandung... (=____=")