Misi Kuruskan Zuly

Memaparkan catatan dengan label Cross Trainer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cross Trainer. Papar semua catatan

Khamis, 1 November 2012

Bodybuilding: Day 1, Start training

Semalam kali kedua aku pegi KBS, Putrajaya dan bermulanya official training aku. Ramai pulak orang dekat dalam gym (which memang biase lelaki2 jer ramai) tapi semalam ada kelas aerobik so ramai la wanita2 yang penuh dedikasi membuat latihan kecergasan badan. Tak pulak aku tanya mende tu free ke bayo, tapi mengikut kata awek yang aku sembang dalam fitting room kelas tu baru lagi, every Monday and Wednesday.

So aku start training lebih kurang 6.20PM dan habes dalam 7.10PM. Tue pon 7.30pm baru aku kuar dari fitting room, terjelepuk kejap kat tepi dinding kepenatan. Hahahaa.

Berikut adalah latihan pertama aku:

Day1: Wednesday, 31 October 2012

15 x Shoulder Press + Bodyweight Squat | Standing Dumbell Curls with Squat
Buat 3 set, rest in between. masa 2nd set tetibe peha aku gigil2 dah. Huhuhuhu
Standing Dumbell Curls with Squat
















15 x Seated Row (duduk kat lantai, lutut naik sikit, tarik) 
20 x Step Up Step Down
Buat 3 set. Actually aku tak sure sangat nama exercise ini sebenarnya (Seated Row). Aku google jer tapi tak jumpe pulak, so aku rase lebih kurang macam rowing jugak la cumer bontot tak gerak.

10 x Push Up
10 x Walking Lunges (pergi balik)
Buat 3 set (Set ke2 dan 3 walking lunges aku buat 6 x jer pergi balik sebab dah rase nak pengsan hahaha)

10 x Sumo Squat
3 set, terpakse buat without dumbbell sebab kaki aku dah tak boleh nak bengkok dah wei..

10min x Elliptical Machine
Gigil sudah kaki aku. Rase nak tersungkur pon ada. Fuhhhh~ 

10 x Crunch
Buat 3 set, badan berat giler on first set. Instead of sit up, next set aku buat sit down tapi tak sampai bawah kena naik balik. Fuhhh ~~

Harinee aku naik tangga opis setengah tingkat, rase terkoyak peha T___________T


Selasa, 2 Oktober 2012

Trial Day, Sore And Torn

Semalam pertama kali la jejak kaki ke Gym KBS, Level 1, Precint 4, Putrajaya..
Humangaih ramainyer umat.. Sampai tersegan haku nak snap2 pics (well, first timer takleh nak tunjuk jakun sangat :P ) Ramai sungguh jejans body ketul2 wewewe~~~

6.45pm start naik beskal 1km. pastue wat ladder ker yang mcm naik2 tangga tuh, dalam 2 tingkat. Pastu buat rowing (ala2 berkayak) 2-3 minit. Tapi dah start rase berpeluh..
Pastu baru mula trial traning.
  • 20 x Squat
  • 20 x Lunges
  • 10 x Standing Dumbbells Curl
amik nafas sat..
  • 15 x Flat Bench Press With Dumbbells
  • 20 x Step Up Step Down (each kaki)
  • 10 x Push Up
gegar dah kepala lutut
ulang balik
  • 15 x Flat Bench Press With Dumbbells
  • 20 x Step Up Step Down (each kaki)
  • 10 x Push Up
pastu tambah
  • 20 x  Barbell Lunges
  • 20 x Leverage Shoulder Press
  • 7 Min Cross trainer (lepas discount 3 minit, patutnyer 10 minit hahaha)

Total workout + rest settle dalam masa 1 jam. Ini baru trial.. kalau dah start betul2 rase sampai merangkak-rangkak sanggup ke tak? Hahahaha Balik tu msg Osmate ajak teman makan sayur campur goreng letak ayam (salah order menu, nak mintak sup sayur sebenarnya tapi aku rase otak dah tak berapa nak function time nih..). And Yes makan kedai Mat Ayam Kampung Serdang sebab tak rase nak angkat sudip pun haku larat lagi..).

Pagi ini bangun, memang sore and torn.. Naik tangga opis dah kalah orang ngandung... (=____=")