Misi Kuruskan Zuly

Memaparkan catatan dengan label Lunges. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lunges. Papar semua catatan

Khamis, 8 November 2012

Bodybuilding: Day 3, SME1 Gym

Semalam buat latihan kat Gym SME1 bersama kawan-kawan office. Ternyata lain sikit aura senaman , hahahaha

Day3: Wednesday, 07 November 2012

10min x Threadmills (5mph)
15 x Seated Row (3 set)
15 x Squat (3 set)
15 x Push Up (3 set)
15 x Lunges (4 set)
20 x Step Up Step Down Right (3 set)
20 x Step Up Step Down Left (3 set)
10 x Sit Up (1 set)

Masin lain macam la pulak peluh hari nee.. (x bermakna everytime berpeluh aku gi rase yer! kebetulan lencun terus masuk laju jer dalam rongga tekak.. Erk~~! ) (^_^)Y Part last situp tu aku attempt 3 kali. 1st time naik 3 jer, 2nd naik 6, last sekali another 3. Giler flat~~ Terima kasih officemates ajak aku gyming dengan korang. Best!


Isnin, 5 November 2012

Bodybuilding: Day 2, Crunch fail

Sabtu, 3hb jam 9.30pagi den sampai kat KBS. Masuk changing room, tukar pakai spatu. Grab air dengan towel, terus start.

Day2: Saturday, 03 November 2012

10min x threadmill (5mph) 
Pepandai jer aku letak mph wahahahaha

15 x Standing Dumbbell Curls with Squat
Buat 3 set. Tapi sebenarnya tak mampu aku buat squat tue. Peha memang masih sakit hasil dari 1st day training Rabu lepas. So, amik satu bench, masa squat tuh aku landing punggung kat bench. Kira macam cheat jugak but atleast ada gak buat kan.

10 x Push Up
10 x Lunges
3 set. 1 set lunges memang aku tak turun sangat. 2nd set baru buat betul2. Macam magic pulak tetibe rase peha dah tak sakit sangat. Hahahaha

15 x Leverage Shoulder Press
15 x Sumo Squat
Buat 3 set. Alhamdulillah, harinee berjaya pakai dumbbell 5kg masa buat Sumo squat. Haritu kan aku tak boleh lansung nak bengkokkan lutut.


20 x Step Up Step Down (Right)
20 x Step Up Step Down (Left)
3 Set, buat laju2. Macam nak tercabut lutut aku derr.. Ader gak set yang aku pause kejap tapi tak berhenti la cuma perlahankan step.

10 x Crunch
3 set jugak. Seriously aku tak berapa boleh nak naik. Naik 1/3 jer ok. Pelik gak nih. Kalau pagi2 buat kat katil boleh jer aku naik 10, kaki lunjur straight. Ke sebab aku naikkan lutut tinggi masa buat nee? Tapi aku ada gak suspect aku dah kehabisan tenaga.

Aura2 mamat2 ensem sedang buat bulking ngan cutting disekelilingku lansung tak membantu.

Prftttttt!!

Selasa, 2 Oktober 2012

Trial Day, Sore And Torn

Semalam pertama kali la jejak kaki ke Gym KBS, Level 1, Precint 4, Putrajaya..
Humangaih ramainyer umat.. Sampai tersegan haku nak snap2 pics (well, first timer takleh nak tunjuk jakun sangat :P ) Ramai sungguh jejans body ketul2 wewewe~~~

6.45pm start naik beskal 1km. pastue wat ladder ker yang mcm naik2 tangga tuh, dalam 2 tingkat. Pastu buat rowing (ala2 berkayak) 2-3 minit. Tapi dah start rase berpeluh..
Pastu baru mula trial traning.
  • 20 x Squat
  • 20 x Lunges
  • 10 x Standing Dumbbells Curl
amik nafas sat..
  • 15 x Flat Bench Press With Dumbbells
  • 20 x Step Up Step Down (each kaki)
  • 10 x Push Up
gegar dah kepala lutut
ulang balik
  • 15 x Flat Bench Press With Dumbbells
  • 20 x Step Up Step Down (each kaki)
  • 10 x Push Up
pastu tambah
  • 20 x  Barbell Lunges
  • 20 x Leverage Shoulder Press
  • 7 Min Cross trainer (lepas discount 3 minit, patutnyer 10 minit hahaha)

Total workout + rest settle dalam masa 1 jam. Ini baru trial.. kalau dah start betul2 rase sampai merangkak-rangkak sanggup ke tak? Hahahaha Balik tu msg Osmate ajak teman makan sayur campur goreng letak ayam (salah order menu, nak mintak sup sayur sebenarnya tapi aku rase otak dah tak berapa nak function time nih..). And Yes makan kedai Mat Ayam Kampung Serdang sebab tak rase nak angkat sudip pun haku larat lagi..).

Pagi ini bangun, memang sore and torn.. Naik tangga opis dah kalah orang ngandung... (=____=")