Misi Kuruskan Zuly

Isnin, 29 Oktober 2012

Resipi: Kupang Bakar Keju @ Mussel Cheese Bake

Sejak pertama kali makan Kupang Bakar Keju @ Mussel Cheese Bake dekat Zara Alfresco, Johor Port bulan 4 haritu teringat-ingat la nak cuba buat sendiri. Kat Muar memang senang nak carik stok kupang segar, jalan menghala ke Bandar Muar dari Sungai Mati tue kiri kanan ada orang jual kupang, keram, tiram pon ada. Semua segar bugar belaka. 

Ini percubaan yang kedua nak masak nih. Resipi dulu lepas rebus kupang kejap, toskan air dan buang sebelah cengkerangnya. Lepas tu main letak jer bawnag putih cincang, marjerin dan sudukan sikit kuah spagetti dari botol Prego, letak keju cheddar atas kupang dan terus bakar dalam oven. Tak menjadi sangat. Kupang tu boleh la makan tapi rase pelik sikit. Tak macam yang saya pernah rasa.

Semalam saya cuba lagi. Kupang saya beli RM6 sekilo, cukup la nak try lagi takut tak menjadi taknak beli banyak2. Kira-kira ada dalam 20 ekor (ekor ker nak sebut? hahahah) boleh tahan besarnya. Saya google lagi resipi, last-last saya nekad ikut sedap rasa nak ngelatkan resipi2 yang saya jumpa tuh. Hasilnya saya dapat resipi ini:


Kupang Bakar Keju @ Mussel Cheese Bake

Bahan-bahan:

Kupang - 1kg (direbus dan ditoskan, cabut 'akar' kalau masih ada dan buang sebelah cengkerang) 
Mayonis - 4 sudu makan
Bawang putih 1 ulas (dicincang halus)
Mentega - 2 sudu makan
Sos spagetti - 4 sudu  makan
Piza Topping - secukupnya (boleh guna Mozarella cheese sebab separuh daripada kandungan pizza topping juga adalah Mozarella) 

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dengan api perlahan (cukup untuk cairkan sahaja), terus masukkan bawang putih dan kacau sekejap dan alih ke dalam bekas lain.
2. Campurkan mayonis dan sos spagetti kedalam bekas tersebut dan gaul rata. Sudukan pes ke atas kupang.















3. Taburkan pizza topping atau mozarella cheese keatas pes kupang tadi, bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 10 minit. Masa membakar, mungkin masih ada saki baki air dari kupang tadi, golekkan sikit kulit kupang supaya air mengalir keluar.

4. Hidangkan. Sedap dimakan masa masih hangat.
 



Selamat mencuba!  (^_^)Y







1 ulasan:

Unknown berkata...

ahhh..sedapnya...

nak cuba! thank you for the recipes!

nak tanya...masa beli kupang fresh from nelayan or supermarket je ea?

sebab ada orang cakap kalau beli kupang dah mati, boleh keracunan. betul ke?