Misi Kuruskan Zuly

Khamis, 1 November 2012

Bodybuilding: Day 1, Start training

Semalam kali kedua aku pegi KBS, Putrajaya dan bermulanya official training aku. Ramai pulak orang dekat dalam gym (which memang biase lelaki2 jer ramai) tapi semalam ada kelas aerobik so ramai la wanita2 yang penuh dedikasi membuat latihan kecergasan badan. Tak pulak aku tanya mende tu free ke bayo, tapi mengikut kata awek yang aku sembang dalam fitting room kelas tu baru lagi, every Monday and Wednesday.

So aku start training lebih kurang 6.20PM dan habes dalam 7.10PM. Tue pon 7.30pm baru aku kuar dari fitting room, terjelepuk kejap kat tepi dinding kepenatan. Hahahaa.

Berikut adalah latihan pertama aku:

Day1: Wednesday, 31 October 2012

15 x Shoulder Press + Bodyweight Squat | Standing Dumbell Curls with Squat
Buat 3 set, rest in between. masa 2nd set tetibe peha aku gigil2 dah. Huhuhuhu
Standing Dumbell Curls with Squat
















15 x Seated Row (duduk kat lantai, lutut naik sikit, tarik) 
20 x Step Up Step Down
Buat 3 set. Actually aku tak sure sangat nama exercise ini sebenarnya (Seated Row). Aku google jer tapi tak jumpe pulak, so aku rase lebih kurang macam rowing jugak la cumer bontot tak gerak.

10 x Push Up
10 x Walking Lunges (pergi balik)
Buat 3 set (Set ke2 dan 3 walking lunges aku buat 6 x jer pergi balik sebab dah rase nak pengsan hahaha)

10 x Sumo Squat
3 set, terpakse buat without dumbbell sebab kaki aku dah tak boleh nak bengkok dah wei..

10min x Elliptical Machine
Gigil sudah kaki aku. Rase nak tersungkur pon ada. Fuhhhh~ 

10 x Crunch
Buat 3 set, badan berat giler on first set. Instead of sit up, next set aku buat sit down tapi tak sampai bawah kena naik balik. Fuhhh ~~

Harinee aku naik tangga opis setengah tingkat, rase terkoyak peha T___________T


Tiada ulasan: