Misi Kuruskan Zuly

Rabu, 25 Mac 2009

Ceritaku di SME2, Cyberjaya..

Just nak share...

aku memang selalu jugak balik lambat... (+ biaselah bujang lagi.. hehehe)
sebab aku ada pegang set kunci opis..
so, kalau ada kerja urgent or customer issue,
aku selalu stay.. selalunyer sorang2.. kdg ngan project consultant..
biase project consultant paling lambat dia balik kul 8 camtue..
aku plak tgk gakla.. kdg lepas maghrib, kadang lepas isyak..
(owh.. Harusla tak boleh claim OT yer.. no such thing in this company.. hehhe kalau tak dah lama aku kaye.. :P )

So semalam (24-03-2009, Selasa) aku balik kul 11 mlm...
Manager arr dengki tul.., kul 5.30pm dia kasik kerja, pastue dia trus blah..
sempat pesan pagi esok kul 11 pagi kene hantar...
yag aku tgk list, maik aihhh... mana sempat kalau nak buat esok..

tempat duduk aku menghadap dinding, dekat2 pintu depan..
kira tingkap keluar ada belakang aku la, kat ujung opis ..
(tapi aku memang boleh nampak keseluruhan opis kalau aku pusing belakang..

Big bos plak, boleh tak tutup curtain belakang dia...
Sikit punyer luas, sebbaik tingkap dia tak bukak..

tengah2 aku testing dalam 40% siap.... tetiba..
aku dengar bunyi cam nanges2..
"wuuu..wuuu..wuuu.."

huwaaaaaaaaaaaaa (aku pulak yang rase nak nanges time tuh!)
1st dalam kul 9 lebey..
aku diam2 lagi, terus call opismate aku sembang2 jap..
(aku tak ckp la ngan dia ape2..)

pastue kat2 10.45 aku dgr lagi...
terus aku siapkan apa yang patut.. challloooooo..
sebelum kali ke-3 bunyik...

haih la.. turun tangga pon dah rase tak jejak ape2 ( x berani aku naik lift! )
berapa saat jer aku turun bangunan 3 tingkat nee...

Balik tue aku buat muke mantain jer...
aku boleh tak bace ape2 sebab dah menggelabah sangat2...
aku ada la beristigfar... tue jer... aku seyes blank tatau nak pikir ape dah...

Aku ingat nak amik no phone Guard la.. lenkali kalau ada apa2 leh call dia..
Ok tak?

Balik mandi... solat.. terus aku tido, tapi takleh lelap mata..
Aku calll member aku, aku suruh dia cakap2 sampai aku tertidur..

Pagi nee aku memang rase nak demam..

Tapi, haruslah aku postpone demam aku sebab nak submit kerja aku tuh!!
Huhuhhuhuh inilah nasib org makan gaji...

Heheheh :)


Sekian..

Dilaporkan oleh,
Zuly

Rabu, 11 Mac 2009

Lucky - Jason Mraz feat. Colbie Caillat

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky
oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, feel the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Isnin, 9 Mac 2009

BOSANnyer kene kerja ari Sabtu..

Sabtu aku kerja...
Yer aku kerja ari Sabtu..
RM14 untuk parking dalam Dataran Palma, hence aku tak tau lagi parking boleh claim ke tak.. (masuk kul 1pm, kuar kul 9pm)..

Saturday kene kerja (kene kerja means bukan pada hari2 aku wajib bekerja) pon aku tak tau diaorang kasik claim $$ atau one day off.. Haih, malas nak pikir...

Isnin 9 Mac 2009 : 98.0 KG

ps: checkout my new ticker kat atas tuh.. Lurve gituw.. Hehehehe.. Alamak, my berat revealed! ;) hahahaha aku dah tak kisah dah... janji tak lama lagi Ticker tue akan bergerak dengan sendirinya.. Heheheheh Misteri2..

Rabu, 4 Mac 2009

Oat + Serunding Daging

Wah, lama jugak tak hapdate beratku disini. Tingggal 4 bulan jer lagi... HUhuhuhuhAku nee semangat cepat betul hilang.. Memula berkobar2, tapi lelama cam dah tak boleh blah da.. Mungkinkah kerana makan ngan kawan2 waktu lunch menyebabkan aku tak dapat menahan perasaan untuk mengambil nasik dan lauk2 yang menarik ituew? (Ayam masak kicap super mabeles hokay kat Tekno tue... Huhuhuh)

Hari ini, aku cuber lunch dengan oat. Aku rembat oat Remy kat umah pagi tadi, satu tupperware yg sgt cute. Pastue plan nak makan ngan serunding daging yg aku beli kat Pasar Tani Bukit Indah tempoh hari. Sedap giler, mau nanti serunding lagi banyak dari oat! Heheheheh

Rabu 04 Mac 2009 : 98.5KG

Rabu, 25 Februari 2009

Her Diary (part1)

Buku nipis berwarna ungu itu kusambar. Helaian demi helaian ku selak perlahan. Pandanganku terhenti pada satu muka surat.

5th January 2009

I ate alone during dinner. Hated to eat by myself. Starting to cried
out loud before sleeping. *sigh* I missed him so much. Zur asked me to call him.
I can't. I just can't. Instead, i call Jasshwa and he lend me his shoulder.
Thanx dear.. Slept at 9pm..




Aku mengeluh kecil. Mataku terus melihat ke muka seterusnya.


6th January 2009

Ate alone, again. But this time i managed to control my feelings
better. Getting used to it, huh?.. I guess..



Tulisan tangan pada catitan ini lebih baik dari hari sebelumnya. Mungkinkah dia benar-benar telah melupakan?

Melupakan sesuatu yang dahulu pernah menjadi rutin dalam kehidupan sehariannya?

Isnin, 23 Februari 2009

Ruginya perempuan yang tak nak kawin..

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian.

Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah.

Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan."

Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?”

Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

Dipetik dari : raudhah.com

Khamis, 19 Februari 2009

Whats for my breakfast???

Wah.. Lama jugak haku tak hapdate... Sorry readers, berat tak berapa nak turun, so haku pon malas gak la...

But today, i'm proudly to annouce that since 1 week, i manage to drink at least 2.5 litre plain water per day, for this 7 days! Haih, though act taw for me to take such an amount of water.. Also, i'm able to avoid cold drink.. Yeay! Thanx for the supports guys..

Therefor, my current weight was now 98.2KG ! well, nampak cam sikit jerkan berat turun, tak sampai 2Kg pon.. But dat means a lot to me.. Since ader satu satu hari tu my weight wuz 97.6KG, tapi cannot counted in lar coz 1 hari jerrr..

Heheheheh Sekarang nee, makan malam dah tak berapa heran sangat.. tapi tea time mesti kene amek (around 4pm).. Tengah hari makan buah..

Cumer problem besar.. Breakfast..

Since Tekno SME1 nee pagi2 lagi ada Nasi Goreng, Mee Goreng, Kueteow Goreng, Maggi Goreng, Macaroni Goreng and Nasik Lemak, aku pon selalu amik these kind of food la.. Roticanai pon ada taw.. Jiwa belum cukup kental lagi nak breakfast roti jer (macam Irwan.. Heheheh)..Kuih Muih pon banyak..

Cemana korang pikir? What should i take?

Khamis 19 Februari 2009 : 98.2KG