Misi Kuruskan Zuly

Selasa, 20 April 2010

Lagenda Budak Setan



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang kurasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Dan kusambut itu
Dengan segenap hatiku
Walau engkau pergi tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Biarku memilih
Cinta yang sama

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Biarku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Biarkan terjatuh
Dalam harapan
..... Dalam harapan

Khamis, 25 Mac 2010

Wednesday, 24-03-2010, 98.3kg



Wednesday, 24-03-2010, 98.3kg

Breakfast: Gulai Ikan + Sayur acar timun

Lunch: Sup sayur + Telur asin 1/2


Dinner: Burger Daging + Ayam
Water: 1.8 liter
Exercise: Threadmill 10 minit + Basikal 10 minit + Airwalk 10 minit

Selasa, 2 Mac 2010

Lamanyer tak hapdate..

Monday, 02-03-2010, 100Kg
Morning: Nasi Lemak 2 senduk + Sambal Telur
Morning Tea: -
Lunch : Pau Ayam 1 biji + Teh Ais
Evening Tea: RxCoffee
Dinner : Nasi Putih 2 senduk + Ikan Masak Lemak Nenas sekor
Plain Water: 0 Liter

Selak2, tetiba ternampak komen dari sorang sahabat...


ikoko said...
Dear, weight gaining takyah tulis ah. Nanti kita akan jadi
sangat-sangat down. Ye lah, rasa macam tak setimpal dengan usaha-usaha yang kita
dah buat. Just telan je. N then, buat je exercise cam biasa. Diet cam biasa.

Penimbang berat badan memang akan membuatkan kita rasa saket hati tapi
must to know gaks kan our weight. Takpe-takpe, slow2 dear. You will reach your
target coz' Allah memang suka perkenankan doa kita yang nak kurus ni. Janji
mintak kat DIA, k.

Pasal penimbang berat badan ni kan, em.. lebih baik
kita try sluar2 kita masa kita kecik sket dulu. Kot2 muat, kita dah happy, kan
:)

Yang penting, kena buat biasa-biasa je, jangan obses sgt, jgn ambil
ringan sangat. Just in border. Tengah2. Eh tul ke english aku ni? wakakak. Sila
betulkan eh. English aku sgt lousy. Ahaha. Yang penting kita happy k. :)

... member aku pernah cakap satu masa dulu, kalau kita nak kurus sgt,
mintalah padaNYA. Doa banyak-banyak. Jangan lupa doa kita nak kurus lepas solat.
Tapi, memang lewat sikit kita dapat. Cuma kena faham, Allah yang lebih power.
Jadi mintak pada yang POWER untuk kurus. Yeah.

Go Zuly! Go Zuly!
Zulyyyyykurrusss!!! (baca macam cheerleader)

December 14, 2009 7:59 AM
Thanx so much Ikoko @ Ina... I am hepi for ur new life also..
Wish me found my soulmate soon too...




Khamis, 22 Oktober 2009

Gaining and not losing...

Dem.. Baru terperasan kat Ticker berat diatas ituew, dia tulis "1.2kg gained.."

aku pon tahu apa jadik dengan semangat ku yang berkobar2..
tetiba malap semuanya...
Haila.. nak kene restart balik PC otak nee...

Lepas beli Kasut Sukan aritu, aku beli pulak sehelai baju bersize L..
Heheheh mesti korang pelik kan.. L tue besar dowh.. (untuk korang la..)
Tapi kalau nak dibandingkan dengan aku yang bersize XXXXL nih, L tu besar maknaya pada aku...

Seingat aku laaa..Baju last size L aku time form 3 dulu..
HUHUHUHUH

SO, baju nee aku nak gantung dalam bilik, depan katil aku..
Setiap pagi bangun tidur, aku nak nampak baju tu dulu...
Biar semangatku datang sebelum aku memulakan hariku dengan penuh ceria beserta diet! Chewaahhhh..~



Ps: x boleh blah biler aku beli baju GUESS.. Hahahahah

Khamis, 8 Oktober 2009

Reset To Zero

Aku bercadang nak pergi gym.. Nee maybe my last resort la.. Pasnee kalau tak boleh gak, dah males aku nak pikir.. Aku dah mintak tolong kerol updatekan Countdown timer kat atas nee untul 31 Disember 2009. Updated, tapi kat pc aku jer yang tak nampak mende tu bergerak.. Nampak ke korang?

3 hari lepas aku pi shopping kasut sukan baru, untuk menggantikan kasut Line7 aku yang telah dicurik kat umah aitue.. Huhuhuh



Beli kasut kat Kedai Bata jer... Melayang la rm100 siap ngan stokin Power.. kasut nee Double-Padding, bak kata kakak salesgirl tuh "Sangat seswai untuk badan2 comel mcm Cik nee.." Biru jadik pilihan hati (ala... sebab ijau takde yang double-padding....Huhuhuh)

Memula carik yang 3 in 1, nak wat jogging, masuk gym and main futsal. sekali minah tuh ckp takde yang 3 in 1, kalau gym dan jogging boleh sekali, tapi futsal kene beli lain..

Takpela, untuk permulaan ini ok...

Next aku citer pasal gym yang aku gi untuk survey harga plak..

Daaa~


Ps: Petang nee main bola tampar ngan dak2 opis bawah.. Fuhhh lama tak keluarkan peluh nih!

Isnin, 13 Julai 2009

Tips by Kak Bai

No. 1 - Pagi breakfast, kalau boleh amek 1/2 dari pinggan biase @ amek pinggan kecik ajer. jgn amek goreng2 taw. kuih muih boleh, tapi agak2 la dalam 2-3 bijik jer ker.. nasik lemak boleh, tapi kalau ada telur makan putih jer. roti putih (Gardenia) takleh amek, melainkan roti wholemeal (gandum penuh).

No. 2 - Lunch dan dinner sila gantikan dengan jusrahsie. Jarak dari bekpes untuk minum jusrahsie waktue lunch mesti 4 jam atau lebih (kalau bekpes kul 8 pagi, minum jusrahsie kul 12 tghari keatas) .Untuk malam pula, sila minum jusrahsie sebelum pukul 7 atau paling lambat sebelum kul 8. Klau boleh, lepas pukul 8, kurangkan minum air kepada segelas jer (kalau dahaga sangat), kalau tak takyah minum lansung. Ini utk elakkan water-retention.

No. 3 - Minum air kosong atleast 2.5 liter dalam mase sehari. kalau dapat 3 liter dan lebih, lagi baik :)

No. 4 - Malam kalau lapar makan sup sayur atau buah (potong2 atau jadikan jus). Tapi Pisang tak boleh (tak seswai utk diet), tembikai tak leh. Yang suggested adelah epal, nanas, kiwi, dragonfruit (buah yang contains sedikit air).

Ahad, 17 Mei 2009

7 hari selepas...

Alhamdulillah.. 7 hari berjaya dilalui tanpa sebutir pun nasik!
Huwaaahhh.. Macam tak percaye jer kan?
Selama nee ingatkan takleh hidup tanpa nasik, tapi silap besar laa beb.. Asalkan semangat kental, InsyaAllah boleh buat punyerla! Chaiiyokkkk2!!

Lupekan sekejap perihal dietku ituew (sebab rase ader orang2 dah start2 raba dompet dalam poket seluar diaorang cukup ke tak nak bayar nanti.. muahahahah)

So, semalam akhirnya setelah beberapa kali perancangan untuk bertemu tidak menjadi.. Akhirnya haku dipertemukan jugak dengan si cantik manis pemilik diri yang bernama Izan.

Berbaju serba hitam ngan spec ala2 diva dia, she look so gorgeous! ;) (ayat nak mintak belanja wayang lagik.. heheheh) nee 1st member pompuan dalam Skype yang aku jumpe.. Menggelabah jap haku (walaupon nak kuar ngan pompuan jer sebenarnya, ngalahkan nak kuar ngan Iqram Dinzly plak.. kekekeke) sebab rase kat Skype muke cam lain sket.. hehehehe

Jumpe kat Nailis, terus naik kereta aku pi MBO Ampang.. Memula nak tgk Angels and Demon, tapi sekali 18PL daa.. Izan bawak anak sedara dia yang cute bernama Arul (yes, a guy but no worries baru umo 13 tahun hikhikhik) terpaksela kami menonton citer U rated. Tak lain tak bukan, Star Trek jerla yang tinggal.. Hahahaha

2 jam seyes tak lama.. sekejap giler haku rase.. (menunjukkan citer ituew sangat best pada haku..) Opss belum masuk sessi2 lepak kami kat kedai makan tepi wayang tue selama sejam setengah sebab movie start kul 4.00pm.. Aku ader gak ajak Izan gi karaoke tapi dia segan.. (awoook la Izan, segan2 kuchen plak dia.. hihihihi)..

Eh, kat kedai tue kitaorang tak makan yer ..duduk2 sambil borak2 melayan si Arul ngadap nasik daging blackpepper dia (aku dan Izan yang jugak sedang berdiet samer2 menelan air liur nengok nasik si Arul.. Muakakakakak)..

Image Hosted by ImageShack.us


Jam 6.30 lepas snappy2 pics kami pon berpisah.. Huhuhu sedey jugakla rase kejap jer kiter kuar, kan Izan.. Takpe2 lain kali leh kuar lagi, InsyaAllah.. Jaga si Purple tu baek2 eh.. Nice to know a girl like you and hope we can be frens forever.. muah3.. (eceh ayat hemo dah kuar.. hiihihih)

Ps: Nak letak ke tak gambo kiter kat sini Izan? Tell me ;)