Misi Kuruskan Zuly

Khamis, 23 Februari 2012

Wedding0303: Test drive Alza

Wahhh Harinee den halfday.. Dah agak dah kelam kabut kemas pagi tadi, gelung rotan ruper nak bawak! Takpelah nanti 01/03 datang kl amik la sekali.
So malam tadi Alza sampai depan rumah jam 11.45pm gitu. Test drive sekejap, tanya itu ini..

Takdela pelik2 sangat function kereta nih, lebih kurang myvi jer cumer panjang sikit dan gear kat dashboard.. (ahahaha aku tak taula apa gaya Che Ki nak bawak kereta nih karang, dah la tak pernah bawak auto orang tua tuh.. hihihihi Tapi pagi tadi termenggelabah jugakla tatau mana nak bukak bonet balakang. Tapi Alza nee bonet belakang adoiyai, kecik giler nak shopping apa kat kelantan nanti takleh la bawak beras banyak2 hahaha

So, jap lagi den pi amik Fresh Flowers kat Sharnas Floral Gift kat Precint Diplomatic, Putrajaya pastu hantar kat Farisha kat flat hijau Presint 11.
Harap dapat siapkan by Asar, boleh den terus balik kampung...


Khamis, 23 Februari 2012
*deleted*


Serabut serabut banyakknyer kerja tak settle lagik!!

Rabu, 22 Februari 2012

Wedding0303: Kereta Sewa

Owh pening dan menkelamkelibut sudah haku ini... Kereta yang sepatutnyer pakcik aku bagi pinjam, tak keluar2 lagi workshop. Scary okeyh. Last, buat decision sewa sebuah Alza Auto selama 2 minggu daripada Encik Naim tukang bisnes kereta sewa. Pong pang pong pang, dapat la discounted price rm1500. Kalau ikutkan 7 hari pon dia amik rm1000. Huhuhuh Apa nak buat, den takmo amik risiko...

Rabu, 22 Februari 2012 Deleted

Balik kerja nih nak kena carik album atau frame untuk letak duit hantaran, dengan teddybear nak letak gelang nanti.. *tadah tangan* Ya Allah Ya Tuhan Kami, permudahkan lah urusan hamba-hambaMU ini dunia dan akhirat, Aminnn...



Isnin, 20 Februari 2012

Wedding0303: Persedian Hantaran + Baju Majlis

Assalamualaikum...
Nak update pasal persediaan majlis 03 Mac 2012 nih
Sebagai rujukan takut haku luper.
Ini yang aku buat la:

Isnin, 20 Februari 2012

*deleted*


Semalam baru angkat balai kat rumah kampung. Tak pasal2 pagi tadi kena ambush dengan Salina (kawan since tadika) meroyan2 dia sebab tak bagitahu pasal majlis sebab dia dah ternampak balai depan rumah tuh.. Hahahaha

Letih aku nak explain nih... :D

Rabu, 15 Februari 2012

Blood Pressure / Tekanan Darah

Hari Isnin lepas, aku check tekanan darah kat kedai pakcik aku.

Atas 128
Bawah 100

Aku memang tak pandai bace apa yang betul, apa yang tak betul kat bacaan macam nih. Kemudian Cifu aku Cik Cima bagi link gambar nih.



Mak aih... Bawah tu bacaan 100 dah masuk border nak 'require treatment' !?!
Huwaaaaaaaa T____T terus pressure haku!

Bodybuilding


Sebenarnyer macam dah lama jugak la aku berminat dengan bodybuilding.
Sebab aku sangat tertarik dengan 6 packs yang ada pada para bodybuilder nee..
Tak kisah la lelaki atau perempuan, aku sangat envy kalau orang tu ada ketak2 (specially Abam Jacob la hihihihi)
Siap aku pernah tanya kat sorang personal coach nih untuk buat bodybuilding, hahah kena quote 6k pengsan haku..


Masa tuh tahun 2009, aku baru jer start keja setahun ke belum cukup, mana ada ongkos bai.. Hahahaha

Dipendekkan cerita, tahun lepas aku ada join satu forum. Forum nie memang banyak discuss bende2 yang memang aku minat nak buat dalam hidup, dan salah satunyer ada la thread pasal bodybuilding. Orang2 dalam nih ada juga yang bekas2 ahli bina badan, ada pulak yang kerja kat hospital. So mereka banyak bagi tunjuk ajar dan komen2 membina untuk mereka2 yang baru nak start workout dan ada yang memang sedang dalam proses kat thread.

Cara makan, latihan, merehatkan badan, mengelakkan kecederaan dan macam2 lagi la.

So, aku dah mintak izin salah seorang tukang post iaitu Abam Inokoi untuk postkan komen2 dia kat sini. Supaya senang aku nak refer balik dan senang jugak kalau ada orang2 lain yang mungkin sedang cari ilmu pasal bodybuilding. Orang lain pon ada post jugak, tapi aku belum mintak izin lagi.. hihihih

Selain daripada info dari thread tersebut, ada jugak teknik2 senaman yang aku download dari youtube. Kalau ada masa aku masukkan sekali.

Mesti korang terfikir, budak (aku) yang gemuk 100kg nih nak buat bodybuilding apa jadah wei?

Walaupon aku tahu aku tak mampu nak buat kebanyakan latihan2 tuh, tapi aku harap sangat dapat kongsi sikit la ilmu2 yang aku dapat nih ngan korang yang singgah blog aku nih..

Dan bak kata Abam Adi sorang lagi yang rajin bagi nasihat pasal nee, Rome wasnt build in a day.. So, memang kena banyakkan sabar, latihan, jaga makan, rehat masa dalam proses membuild badan nih..

Post aku nanti secara random yer. Aku akan start dengan "Bodybuilding:___tajuk___".

Hahah panjang betul aku bebel hari nih.. K lah, chiow~~

Bodybuilding: Mesin Atau Free Weight?

Soalan:
Untuk beginner dalam body building, guna mesin ataupon free weight, mana lebih baik?

Abam Inokoi daripada MBC menjelaskan:

free weight dia akan bagi latihan kekuatan dan imbangan kepada muscle2 kecil yg lain disamping target muscle yg utama..manakala machine pulak dia akan terus ke target utama..imbangan berat akan dibantu oleh machine..tu sbb kalau guna machine biasanyer kita boleh buat lebih berat berbanding dengan kalau buat dgn free weight..

sebagai contoh..kita buat dumbell fly utk muscle dada (pectoralis major)..guna 10kg dumbell..masa kita buat kita bukan saja melatih otot pectoralis major malah otot2 kecil yg lain di sekitar lengan ketika mengimbangi dumbell tersebut semasa dlm proses latihan itu..

manakala kalau kita guna machine..kita hanya menggunakan kekuatan untuk menolak beban sahaja..kerana tugas mengseimbangkan beratan telah dibantu oleh machine tersebut...kebaikan guna machine..kita boleh buat latihan dgn lebih berat dan kemungkinan injury dpt dikurangkan..

manakala kelebihan guna free weight..kita dpt membina kekuatan keseluruhan otot disamping otot target dlm sesuatu latihan itu dan penggunaan free weight memungkin kita boleh perform pergerakan latihan dgn lebih bebas dan tak terkunci dek mekanikal mcm kita guna machine..

kalau machine kena ikut jalan dia jer laa kann..dah fixed..kalau free weight..kita leh adjust sikit tangan atau posture badan agar lebih selesa dan mudah mengenai target muscle..

manakala kelemahan guna free weight ialah seringkali kita dapati kekuatan anggota badan kita tak sama antara kiri dan kanan samada kanan lebih kuat dari kiri atau sebaliknya..jadi bila kesimbangan takder..kita tak dapat perform latihan dgn berkesan...

saya rekomenkan guna jer dua2 skali agar mendapat hasil yg terbaik..tapi banyakkan guna free weight dahulu untuk membina kekuatan serta imbangan pergerakan yg lebih baik..

Fully credit to: By Inokoi_MBC

Selasa, 14 Februari 2012

Sabtu lepas...

Sabtu 11 Januari 2012
Perut rasa tak best. Nak sambung mimpi tak dapat, terjaga dari tidur lansung ke bilik air. Naik katil balik, tengok jam handphone 3.15am. Letak kepala atas bantal.

Phone bunyi. Great, kul 4am awalnyer jam loceng aku hari nee?

Eh, call in la..

"Awak dah tido?"
Takde ayat ucaptama lain ker dia nak tanya?

"Mestilah dah.. Huhuhuh"
Dia gelak..

"Segar jer suara dengar?"

"Orang bangun kul 3 tadi gi bilik air..Yang awak nih suara fresh semacam nih, baru balik mamak ke ape?" Eh aku pulak cam sama2 baru balik mamak jer panjang ayatnyer..

"Aah. Tadi I singgah masa balik cycling.. 25kilometer.."
Owh sesuungguhnya tak dapat aku nak calculate 25km tu sejauh mana dipagi dinihari maklumlah otak belum berfungsi sepenuhnyer, tapi dia ada sebut la Kelana Jaya, LDP, TTDI, pusing mana ntah lagi... Dari kul 12 sampai kul 3 pagi katanya...

Bla bla bla yada yada yada....

"Its not fair..." aku merungut...
"Kenapa pulak?"
"Sebab saya tak dapat nak call awak, dan cuma boleh tunggu jer awak call.. "
Entah kenapa aku macam nampak dia senyum..
"Dont worry, I will call.. "

Hurm... Okey dia takde phone buat masa sekarang, dia call aku pon pakai phone adik dia yang tengah sekolah. Dulu2 pon dia selalu jer call guna phone adik dia sebab kredit dia selalu jer takde. Dan aku pulak mesti pesan kat dia topkan balik no adik dia tuh.

"Camtuh, awak call saya bulan depan jerlah!" Huh aku buat2 merajuk nih.
"Hahahah jangan la cakap macam tuh..."

Dem, sumpah aku macam nampak dia senyum. Huwaaaaa...

Khamis, 9 Februari 2012

Kek Cokelat Kukus Dengan Sos Hersheys Toblerone (^_^)

Kek Cokelat Kukus Dengan Sos Hersheys Toblerone

Bahan2nyer:
Susu pekat 1 cawan
Susu cair 1 cawan
Gula 2/3 cawan
Serbuk koko vanhouten 1 cawan
Mentega 1/2 cawan
Minyak masak 1/2 cawan (kalau takde butter, pakai minyak masak 1 cawan)
Tepung berserbuk penaik 1 cawan (kalau takde, pakai tepung gandum 1 cawan + baking powder 1 sudu kecil)
Telur 4 biji
Esen vanilla 1 sudu kecil

Cara2nyer:
1. Panaskan susu pekat, susu cair, gula, serbuk koko, esen vanilla. Kacau sampai didih, masukkan butter dan minyak masak.
2. Angkat periuk tuh letak tepi, untuk sejukkan adunan nih. Masak air untuk pengukus pulak.
3. Kat mangkuk lain, pukul telur sampai kembang, masukkan tepung dan kacau sampai rata. Tuang dalam adunan tadi (masa adunan tu dah suam2). kacau rata, tuang dalam bekas kek untuk dimasukkan ke dalam pengukus.
4. Kukus kek selama sejam. (Balut penutup pengukus dengan kain, atau tutup bekas kek dengan aluminum foil, untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke dlaam bekas kek.
5. Untuk topping, panaskan Sos Cokelat Hersheys dengan susu cair dan masukkan cokelat Toblerone (atau Cadbury atau aper2 jerlas janji cokelat k ;) )

Baru kuar oven.. eh kuali kukus heheheh
















Dah siap dengan topping :D

Khamis 09-02-2012 Berat 101.6KG

Balik kampung, Sabtu 04-02-2012, timbang penimbang digital kat rumah 104.5kg, <<< pakai suar jeans dan baju
Sebelum balik kl, Rabu 08-09-2012..timbang pagi , 103.0kg <<< pakai suar jeans dan baju gak
Hari nee, Khamis 09-02-2012, pagi nee.. saya timbang, 101.6kg <<< belum pakai suar jeans

Ini berat untuk hari ini...

Rabu, 1 Februari 2012

Chose to be

Everything we do we choose.
So what is there to regret?
You are the person you CHOSE to be.
- Paul Arden