Misi Kuruskan Zuly

Khamis, 9 Februari 2012

Kek Cokelat Kukus Dengan Sos Hersheys Toblerone (^_^)

Kek Cokelat Kukus Dengan Sos Hersheys Toblerone

Bahan2nyer:
Susu pekat 1 cawan
Susu cair 1 cawan
Gula 2/3 cawan
Serbuk koko vanhouten 1 cawan
Mentega 1/2 cawan
Minyak masak 1/2 cawan (kalau takde butter, pakai minyak masak 1 cawan)
Tepung berserbuk penaik 1 cawan (kalau takde, pakai tepung gandum 1 cawan + baking powder 1 sudu kecil)
Telur 4 biji
Esen vanilla 1 sudu kecil

Cara2nyer:
1. Panaskan susu pekat, susu cair, gula, serbuk koko, esen vanilla. Kacau sampai didih, masukkan butter dan minyak masak.
2. Angkat periuk tuh letak tepi, untuk sejukkan adunan nih. Masak air untuk pengukus pulak.
3. Kat mangkuk lain, pukul telur sampai kembang, masukkan tepung dan kacau sampai rata. Tuang dalam adunan tadi (masa adunan tu dah suam2). kacau rata, tuang dalam bekas kek untuk dimasukkan ke dalam pengukus.
4. Kukus kek selama sejam. (Balut penutup pengukus dengan kain, atau tutup bekas kek dengan aluminum foil, untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke dlaam bekas kek.
5. Untuk topping, panaskan Sos Cokelat Hersheys dengan susu cair dan masukkan cokelat Toblerone (atau Cadbury atau aper2 jerlas janji cokelat k ;) )

Baru kuar oven.. eh kuali kukus heheheh
















Dah siap dengan topping :D

3 ulasan:

Unknown berkata...

ok. bile saye bleh dapat rase ye?

ZulyKurus berkata...

Hahahaha any time u wish, just drop by my house la ;)

Tanpa Nama berkata...

sedapnnya