Misi Kuruskan Zuly

Khamis, 22 Oktober 2009

Gaining and not losing...

Dem.. Baru terperasan kat Ticker berat diatas ituew, dia tulis "1.2kg gained.."

aku pon tahu apa jadik dengan semangat ku yang berkobar2..
tetiba malap semuanya...
Haila.. nak kene restart balik PC otak nee...

Lepas beli Kasut Sukan aritu, aku beli pulak sehelai baju bersize L..
Heheheh mesti korang pelik kan.. L tue besar dowh.. (untuk korang la..)
Tapi kalau nak dibandingkan dengan aku yang bersize XXXXL nih, L tu besar maknaya pada aku...

Seingat aku laaa..Baju last size L aku time form 3 dulu..
HUHUHUHUH

SO, baju nee aku nak gantung dalam bilik, depan katil aku..
Setiap pagi bangun tidur, aku nak nampak baju tu dulu...
Biar semangatku datang sebelum aku memulakan hariku dengan penuh ceria beserta diet! Chewaahhhh..~



Ps: x boleh blah biler aku beli baju GUESS.. Hahahahah

Khamis, 8 Oktober 2009

Reset To Zero

Aku bercadang nak pergi gym.. Nee maybe my last resort la.. Pasnee kalau tak boleh gak, dah males aku nak pikir.. Aku dah mintak tolong kerol updatekan Countdown timer kat atas nee untul 31 Disember 2009. Updated, tapi kat pc aku jer yang tak nampak mende tu bergerak.. Nampak ke korang?

3 hari lepas aku pi shopping kasut sukan baru, untuk menggantikan kasut Line7 aku yang telah dicurik kat umah aitue.. Huhuhuh



Beli kasut kat Kedai Bata jer... Melayang la rm100 siap ngan stokin Power.. kasut nee Double-Padding, bak kata kakak salesgirl tuh "Sangat seswai untuk badan2 comel mcm Cik nee.." Biru jadik pilihan hati (ala... sebab ijau takde yang double-padding....Huhuhuh)

Memula carik yang 3 in 1, nak wat jogging, masuk gym and main futsal. sekali minah tuh ckp takde yang 3 in 1, kalau gym dan jogging boleh sekali, tapi futsal kene beli lain..

Takpela, untuk permulaan ini ok...

Next aku citer pasal gym yang aku gi untuk survey harga plak..

Daaa~


Ps: Petang nee main bola tampar ngan dak2 opis bawah.. Fuhhh lama tak keluarkan peluh nih!

Isnin, 13 Julai 2009

Tips by Kak Bai

No. 1 - Pagi breakfast, kalau boleh amek 1/2 dari pinggan biase @ amek pinggan kecik ajer. jgn amek goreng2 taw. kuih muih boleh, tapi agak2 la dalam 2-3 bijik jer ker.. nasik lemak boleh, tapi kalau ada telur makan putih jer. roti putih (Gardenia) takleh amek, melainkan roti wholemeal (gandum penuh).

No. 2 - Lunch dan dinner sila gantikan dengan jusrahsie. Jarak dari bekpes untuk minum jusrahsie waktue lunch mesti 4 jam atau lebih (kalau bekpes kul 8 pagi, minum jusrahsie kul 12 tghari keatas) .Untuk malam pula, sila minum jusrahsie sebelum pukul 7 atau paling lambat sebelum kul 8. Klau boleh, lepas pukul 8, kurangkan minum air kepada segelas jer (kalau dahaga sangat), kalau tak takyah minum lansung. Ini utk elakkan water-retention.

No. 3 - Minum air kosong atleast 2.5 liter dalam mase sehari. kalau dapat 3 liter dan lebih, lagi baik :)

No. 4 - Malam kalau lapar makan sup sayur atau buah (potong2 atau jadikan jus). Tapi Pisang tak boleh (tak seswai utk diet), tembikai tak leh. Yang suggested adelah epal, nanas, kiwi, dragonfruit (buah yang contains sedikit air).

Ahad, 17 Mei 2009

7 hari selepas...

Alhamdulillah.. 7 hari berjaya dilalui tanpa sebutir pun nasik!
Huwaaahhh.. Macam tak percaye jer kan?
Selama nee ingatkan takleh hidup tanpa nasik, tapi silap besar laa beb.. Asalkan semangat kental, InsyaAllah boleh buat punyerla! Chaiiyokkkk2!!

Lupekan sekejap perihal dietku ituew (sebab rase ader orang2 dah start2 raba dompet dalam poket seluar diaorang cukup ke tak nak bayar nanti.. muahahahah)

So, semalam akhirnya setelah beberapa kali perancangan untuk bertemu tidak menjadi.. Akhirnya haku dipertemukan jugak dengan si cantik manis pemilik diri yang bernama Izan.

Berbaju serba hitam ngan spec ala2 diva dia, she look so gorgeous! ;) (ayat nak mintak belanja wayang lagik.. heheheh) nee 1st member pompuan dalam Skype yang aku jumpe.. Menggelabah jap haku (walaupon nak kuar ngan pompuan jer sebenarnya, ngalahkan nak kuar ngan Iqram Dinzly plak.. kekekeke) sebab rase kat Skype muke cam lain sket.. hehehehe

Jumpe kat Nailis, terus naik kereta aku pi MBO Ampang.. Memula nak tgk Angels and Demon, tapi sekali 18PL daa.. Izan bawak anak sedara dia yang cute bernama Arul (yes, a guy but no worries baru umo 13 tahun hikhikhik) terpaksela kami menonton citer U rated. Tak lain tak bukan, Star Trek jerla yang tinggal.. Hahahaha

2 jam seyes tak lama.. sekejap giler haku rase.. (menunjukkan citer ituew sangat best pada haku..) Opss belum masuk sessi2 lepak kami kat kedai makan tepi wayang tue selama sejam setengah sebab movie start kul 4.00pm.. Aku ader gak ajak Izan gi karaoke tapi dia segan.. (awoook la Izan, segan2 kuchen plak dia.. hihihihi)..

Eh, kat kedai tue kitaorang tak makan yer ..duduk2 sambil borak2 melayan si Arul ngadap nasik daging blackpepper dia (aku dan Izan yang jugak sedang berdiet samer2 menelan air liur nengok nasik si Arul.. Muakakakakak)..

Image Hosted by ImageShack.us


Jam 6.30 lepas snappy2 pics kami pon berpisah.. Huhuhu sedey jugakla rase kejap jer kiter kuar, kan Izan.. Takpe2 lain kali leh kuar lagi, InsyaAllah.. Jaga si Purple tu baek2 eh.. Nice to know a girl like you and hope we can be frens forever.. muah3.. (eceh ayat hemo dah kuar.. hiihihih)

Ps: Nak letak ke tak gambo kiter kat sini Izan? Tell me ;)

Jumaat, 15 Mei 2009

Tickerku dihapdate!

Salam.. Selamat pagi semua..

Hari nee aku update Ticker (Progress penurunan berat kat atas tue..) specially for Phase II Project.

Date aku start dari 05-05-2009 dan akan berakhir pada 22-07-2009 officially.

Berat pulak starting dari 98.0 KG dan berat target adelah 75.0 KG

Yer aku tau x sampai lagi ke berat ideal, tapi atleast dalam 2 bulan nee aku cuber sampai ke berat tue untuk dapatkan hadiah berupa wang tunai berjumlah rm500 .. Hahahahaha

Tak bermaksud lepas 2 bulan tue aku stop diet okay.. Aku cuber nak diet giler2 dalam 2 bulan nee, tgk aper progress.. So far puas hati jugakla sebab dah 2 kilo turun.. :)

Esok dan Ahad adelah hari paling mencabar.. Ini first time aku nak menghadapi cuti (weekend) semasa aku dalam progrem diet nee.. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku...InsyaAllah.. =)

Rabu, 13 Mei 2009

Phase II

Project nee start Isnin, 11-05-2009 dan akan berakhir pada Sabtu, 11-07-2009.
Sebelum2 nee yang korang tgk aku makan mengarut2 (xde rupe orang nak diet tue) untuk Phase I.

Hahahah Last week trial 3 hari tue tak berapa berjaya la, sebab hari ke-3 Jumaat malam aku sampai kampung jer mak aku dah hidang nasik ngan ikan siakap 3 rase, ngan sambal sotong, dan jugak kailan ikan masin... Hahahahaha Tapi thanx to Wan jugak la.. berjaya aku tak makan nasik 2 hari setengah.. :P

So, my menu untuk 2 bulan nee :

Pagi : Kuih 2 ketul / Roti sandwich sardin 2 keping / Bihun 1/2 pinggan /
Kueteow 1/2 pinggan
: Teh tarik (aku masih belum berjaya
untuk tak minum teh tarik ne.. Huhuhuh)

Tengahari : Tak makan

Dinner : Ayam grilled 1/4 ekor (hahhahah Chicken Matby nee) / Bihun
tomyam ayam / Sup sayur bertelur

: Ataupon tak makan

Air kosong : Atleast 2 liter


Update: Rabu 13-05-2009 : 96.3kg
Jadi tgh hari sekarang nee aku biase bace novel dan teman bebudak nee makan jer..
aku rase lama2 nanti obvious pulak nampak aku sorang tak makan...

Heheheh
takpe2, duduk kat Tekno tue ari2 boleh nampak mamat pujaan ;)

Dead And Gone

"Dead And Gone"(feat. Justin Timberlake)

[Spoken - T.I.]A
yLet me kick it to you right quick, man
That on some gangsta shit man, on some real shit
Anybody done been through the same thing
I'm sure you feel the same way
Big PhilThis for you pimpin'

[Chorus (Justin Timberlake (T.I.)):]
Oh (eyyy)
I've been travellin' on this road too long (too long)
Just tryna find my way back home (back home)
The old me is dead and gone, dead and gone
And oh (eyyy)I've been travellin' on this road too long (too long)
Just tryna find my way back home (back home)
The old me is dead and gone, dead and gone, dead and gone

[Verse 1 - T.I.]
Ever had one of them days wish would've stayed home
Run into a group of niggas who gettin' they hate on
You walk by
They get wrong
You reply then shit get blown
Way outta proportion
Way past discussion
Just you against them, pick one then rush 'em
Figure you'll get jumped, hell that's nothing
They don't wanna stop there now they bussin'
Now you gushin', ambulance rushin'
You to the hospital with a bad concussion
Plus ya hit 4 timesPlus it hit ya spine
Paralyzed waist down now ya wheel chair bound
Nevermind that now you lucky to be alive
Just think it all started you fussin' with 3 guys
Now ya pride in the way, but ya pride is the way
You could fuck around, get shot, die anyday
Niggas die everyday
All over bull shit, dope money, dice game, ordinary hood shit
Could this be 'cos of hip hop music?
Or did the ones with the good sense not use it?
Usually niggas don't know what to do
When their back against the wall so they just start shootin'
For red or for blue or for blo I guess
From Bankhead or from your projects
No more stress, now I'm straight, now I get it, now I take
Time to think, before I make mistakes just for my family's sake
That part of me left yesterday
The heart of me is strong today
No regrets I'm blessed to say
The old me dead and gone away

[Verse 2 - T.I.]
I ain't never been scared, I lived through tragedy
Situation could've been dead lookin' back at it
Most of that shit didn't even have to happen
But you don't think about it when you out there trappin'
In apartments, hangin', smokin', and rappin'
Niggas start shit, next thing ya know we cappin'
Get locked up then didn't even get mad
Now think about damn what a life I had
Most of that shit, look back, just laugh
Some shit still look back get sad
Maybe my homboy still be around
Had I not hit the nigga in the mouth that time
I won that fightI lost that war
I can still see my nigga walkin' out that door
Who'da thought I'd never see Philant no more?
Got enough dead homies I don't want no more
Cost a nigga his jobCost me more
I'd took that ass-whooping now for sure
Now think before I risk my life
Take them chances to get my stripe
A nigga put his hands on me alright
Otherwise stand there talk shit all night'
Cos I hit you, you sue me,
I shoot you, get locked up, who me?
No more stress, now I'm straight, now I get it, now I take
Time to think, before I make mistakes just for my family's sake
That part of me left yesterday
The heart of me is strong today
No regrets I'm blessed to say
The old me dead and gone away

[Hook - Justin Timberlake]
I turn my head to the East
I don't see nobody by my side
I turn my head to the West
Still nobody in sight
So I turn my head to the North
Swallow that pill that they call pride
That old me is dead and gone
I turn my head to the East
I don't see nobody by my side
I turn my head to the West
Still nobody in sight
So I turn my head to the North
Swallow that pill that they call pride
That old me is dead and gone
But that new me will be alright
[Chorus (Justin Timberlake (T.I.))]

Rabu, 6 Mei 2009

3 hari trial tanpa nasi

Irwan (opis clique) cabar aku utk x makan nasik selama sebulan.
tapi aku mintak trial day 3 hari start hari nee (Rabu) sampai Jumaat.

Pagi tadi bekpes Bihun Goreng.
Tengah hari aku amek Bihun Sup..
Malam nee aku cadang takmo makan, tgk camner.
Haila... Berusaha..
Seram pulak aku tengok countdown timer kat atas tue...
tinggal 70++ hari..

Ahad, 3 Mei 2009

Sneak Update

wohoo..
lama tak hapdate..
busy giler...

  • berat terkini takde perubahan, so, will stay with the currnt ticker.. Yah, i did lost 1kg if i skip my Dinner.. dats all..
  • celebrated my burfday on April 17.. (tapi bukan Sweet Seventeeeennnn yah.. hikhikhik)
  • what did i got?
  • well... a lot of fun stuff happened..
  • and received too.. to reveal in the future..

Ops.. bertunang?

Sesiapa yang dengar cerita aku dah bertunang tue, aku minta maaf.. Mulenyer itu cumer usikan2 nakal untuk adik sepupu aku.. Saja nk tgk reaksi dia.. Ditambah pulak dengan cerita Kakak dan Kak sedara dia (yang terlebey pandai nee), cerita nee jadik besar giler dan nampak cam real.. Haila.. Aku pon salah sebab 'tolong promote' jugak.. In the end, terpakse aku explain ngan bebudak opis yang tahu pasal nee.. Huhuhuhuh rase bersalah.. Sorry korang, really sorry.. Aku mengaku aku main2 jer biler dah sedar bende2 nee out of control.. Claim la Chiken Matby dengan aku nanti.. (rasuah).. Hahahah

Okayh, gtg.. lenkali update! ;)

PS: Moral Of The Story : Lenkali takyah tunang.. Nikah jer terus.. :P

Rabu, 25 Mac 2009

Ceritaku di SME2, Cyberjaya..

Just nak share...

aku memang selalu jugak balik lambat... (+ biaselah bujang lagi.. hehehe)
sebab aku ada pegang set kunci opis..
so, kalau ada kerja urgent or customer issue,
aku selalu stay.. selalunyer sorang2.. kdg ngan project consultant..
biase project consultant paling lambat dia balik kul 8 camtue..
aku plak tgk gakla.. kdg lepas maghrib, kadang lepas isyak..
(owh.. Harusla tak boleh claim OT yer.. no such thing in this company.. hehhe kalau tak dah lama aku kaye.. :P )

So semalam (24-03-2009, Selasa) aku balik kul 11 mlm...
Manager arr dengki tul.., kul 5.30pm dia kasik kerja, pastue dia trus blah..
sempat pesan pagi esok kul 11 pagi kene hantar...
yag aku tgk list, maik aihhh... mana sempat kalau nak buat esok..

tempat duduk aku menghadap dinding, dekat2 pintu depan..
kira tingkap keluar ada belakang aku la, kat ujung opis ..
(tapi aku memang boleh nampak keseluruhan opis kalau aku pusing belakang..

Big bos plak, boleh tak tutup curtain belakang dia...
Sikit punyer luas, sebbaik tingkap dia tak bukak..

tengah2 aku testing dalam 40% siap.... tetiba..
aku dengar bunyi cam nanges2..
"wuuu..wuuu..wuuu.."

huwaaaaaaaaaaaaa (aku pulak yang rase nak nanges time tuh!)
1st dalam kul 9 lebey..
aku diam2 lagi, terus call opismate aku sembang2 jap..
(aku tak ckp la ngan dia ape2..)

pastue kat2 10.45 aku dgr lagi...
terus aku siapkan apa yang patut.. challloooooo..
sebelum kali ke-3 bunyik...

haih la.. turun tangga pon dah rase tak jejak ape2 ( x berani aku naik lift! )
berapa saat jer aku turun bangunan 3 tingkat nee...

Balik tue aku buat muke mantain jer...
aku boleh tak bace ape2 sebab dah menggelabah sangat2...
aku ada la beristigfar... tue jer... aku seyes blank tatau nak pikir ape dah...

Aku ingat nak amik no phone Guard la.. lenkali kalau ada apa2 leh call dia..
Ok tak?

Balik mandi... solat.. terus aku tido, tapi takleh lelap mata..
Aku calll member aku, aku suruh dia cakap2 sampai aku tertidur..

Pagi nee aku memang rase nak demam..

Tapi, haruslah aku postpone demam aku sebab nak submit kerja aku tuh!!
Huhuhhuhuh inilah nasib org makan gaji...

Heheheh :)


Sekian..

Dilaporkan oleh,
Zuly

Rabu, 11 Mac 2009

Lucky - Jason Mraz feat. Colbie Caillat

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky
oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, feel the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Isnin, 9 Mac 2009

BOSANnyer kene kerja ari Sabtu..

Sabtu aku kerja...
Yer aku kerja ari Sabtu..
RM14 untuk parking dalam Dataran Palma, hence aku tak tau lagi parking boleh claim ke tak.. (masuk kul 1pm, kuar kul 9pm)..

Saturday kene kerja (kene kerja means bukan pada hari2 aku wajib bekerja) pon aku tak tau diaorang kasik claim $$ atau one day off.. Haih, malas nak pikir...

Isnin 9 Mac 2009 : 98.0 KG

ps: checkout my new ticker kat atas tuh.. Lurve gituw.. Hehehehe.. Alamak, my berat revealed! ;) hahahaha aku dah tak kisah dah... janji tak lama lagi Ticker tue akan bergerak dengan sendirinya.. Heheheheh Misteri2..

Rabu, 4 Mac 2009

Oat + Serunding Daging

Wah, lama jugak tak hapdate beratku disini. Tingggal 4 bulan jer lagi... HUhuhuhuhAku nee semangat cepat betul hilang.. Memula berkobar2, tapi lelama cam dah tak boleh blah da.. Mungkinkah kerana makan ngan kawan2 waktu lunch menyebabkan aku tak dapat menahan perasaan untuk mengambil nasik dan lauk2 yang menarik ituew? (Ayam masak kicap super mabeles hokay kat Tekno tue... Huhuhuh)

Hari ini, aku cuber lunch dengan oat. Aku rembat oat Remy kat umah pagi tadi, satu tupperware yg sgt cute. Pastue plan nak makan ngan serunding daging yg aku beli kat Pasar Tani Bukit Indah tempoh hari. Sedap giler, mau nanti serunding lagi banyak dari oat! Heheheheh

Rabu 04 Mac 2009 : 98.5KG

Rabu, 25 Februari 2009

Her Diary (part1)

Buku nipis berwarna ungu itu kusambar. Helaian demi helaian ku selak perlahan. Pandanganku terhenti pada satu muka surat.

5th January 2009

I ate alone during dinner. Hated to eat by myself. Starting to cried
out loud before sleeping. *sigh* I missed him so much. Zur asked me to call him.
I can't. I just can't. Instead, i call Jasshwa and he lend me his shoulder.
Thanx dear.. Slept at 9pm..




Aku mengeluh kecil. Mataku terus melihat ke muka seterusnya.


6th January 2009

Ate alone, again. But this time i managed to control my feelings
better. Getting used to it, huh?.. I guess..



Tulisan tangan pada catitan ini lebih baik dari hari sebelumnya. Mungkinkah dia benar-benar telah melupakan?

Melupakan sesuatu yang dahulu pernah menjadi rutin dalam kehidupan sehariannya?

Isnin, 23 Februari 2009

Ruginya perempuan yang tak nak kawin..

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian.

Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah.

Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan."

Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?”

Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

Dipetik dari : raudhah.com

Khamis, 19 Februari 2009

Whats for my breakfast???

Wah.. Lama jugak haku tak hapdate... Sorry readers, berat tak berapa nak turun, so haku pon malas gak la...

But today, i'm proudly to annouce that since 1 week, i manage to drink at least 2.5 litre plain water per day, for this 7 days! Haih, though act taw for me to take such an amount of water.. Also, i'm able to avoid cold drink.. Yeay! Thanx for the supports guys..

Therefor, my current weight was now 98.2KG ! well, nampak cam sikit jerkan berat turun, tak sampai 2Kg pon.. But dat means a lot to me.. Since ader satu satu hari tu my weight wuz 97.6KG, tapi cannot counted in lar coz 1 hari jerrr..

Heheheheh Sekarang nee, makan malam dah tak berapa heran sangat.. tapi tea time mesti kene amek (around 4pm).. Tengah hari makan buah..

Cumer problem besar.. Breakfast..

Since Tekno SME1 nee pagi2 lagi ada Nasi Goreng, Mee Goreng, Kueteow Goreng, Maggi Goreng, Macaroni Goreng and Nasik Lemak, aku pon selalu amik these kind of food la.. Roticanai pon ada taw.. Jiwa belum cukup kental lagi nak breakfast roti jer (macam Irwan.. Heheheh)..Kuih Muih pon banyak..

Cemana korang pikir? What should i take?

Khamis 19 Februari 2009 : 98.2KG

Selasa, 3 Februari 2009

Alkisah 1KG...



Selasa 3 Januari 2009 : 100.5kg

Haruslah aku meroyan tengok penimbang pagi nee. Bertemu teman lama diikuti dengan ayat "Ko order aper jer yang ko nak makan.. Aku belanja..!" adelah sesuatu yang amat sukar untuk dielakkan. Hailaaa Agus, aku tgh misi diet nee ko boleh bawak plak tempat best! Ciessstt... Hasilnyer, berat nak 1KG yer kawan2...

Alkisah diJB la nee.. Setelah kazen2 aku masuk ke Persada Johor, aku dan Epin (adik no1 ) bergegas menuju ke Dataran. Ex-classmate aku si Agus dan tunangnyer Maisara nak jumpe kat situ. Sementara kami menunggu, layan Kerang Rebus dulu.. Dataran belakang Hospital Sulatanah Aminah nee khabarnyer memang terkenal dengan stimbot.

Sekali Agus call cakap sebenarnya nak bawak makan pi tempat lain... Ceh. sebaik aku tak order nasi goreng kerang.. ngeee.. Sampai kat restoren yang ala2 Nailis Ampang tue (aku tak tau nama, tapi Agus kata sebelah2 jer ngan Restoren Warisan), aku pon mengorder dengan jayanya..
Siakap Sweet Sour, Tomyam Ayam Cendawan, Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin, Air Cheekang.. Huih.. haruslah aku nak tambah lagi Butter Prawn tapi diaorang takde buat. Sekali Agus tambah Kerang Bakar Sambal.. Adeih, kerang lagik!


Aperpon, thanx ek Agus belanja makan..


(Boleh plak dia claim nak mintak aku belanja makan Otel plak lain kali.. Turun KL la bro baru citer panjang.. Heheheheheh)

Tunggu2 punyer tunggu, kul 1.30pagi budak2 nee abies even kat Persada tue.. Perghh.. Ini Dinner siap Sahur sekali ker haper? Si Napi (adik no 2 ku) cakap selagi VIP lom blah memang diaorang takleh blah. Tue belom masuk protokol segala bagai, siap acara tari menari yer.. Wah, Si Rehan ngan Raimi sakan la korang yerk kat dalam tue.. Aku ngan Epin jugak yang kene gigit nyamuk tunggu korang.. Huhuhuhuh..

Kul 2.30 gerak ke KL, Napi plak balik Kem ngan kawan2 dia. Sampai Machap aku dah tak boley blah. Tido sampai kul 5.30pagi. Budak berdua tue memang dah lingkup sedari awal. Sambung lagi sampai Hentian mana ntah sebelum Pagoh tue berhenti jap Subuh. Pastue anta Rehan gi MMU Melaka, sempat la bekpes. Sambung trus gi KL sampai Ampang kul 10.00 pagi. fuhh.. Penat giler, kemas2 kereta, cucui baju.. Pastue aku terbongkang sampai kul 5 petang yer..

Haruslah aku sambung berceloteh lain kali.. Bos dah masuk kerja.. Hehehe :)

ps: Ayed, nak bear besar cenggini! :P










Jumaat, 30 Januari 2009

Bizi N JayBee

Hari ini rasenyer nak amek half day. Tapi banyak plak yang belum aku test lagik. Next week bos masuk kerja meroyan plak dia.. Heheheh ..

Lunch semalam :

Nasi putih + Ikan Keli Smbal + Aym Masak Lemak + Air suam..


Today breakfast :




Nasi goreng + Ayam goreng + Kari Sotong + Teh O Ais..



Jumaat 30 Januari 2009 : 99.6kg

Haih.. 3 hari nee 100gm jer penurunan setiap hari.. last week ader gakla 200gm everyday secara konsistent.. Hurm.. Kene buat something nie..

Owh luper plak, sedang buat detox perut ngan satu product detox ex-opismate aku si Hayati kasik. aku start dari Rabu and sampai Ahad.. (sebab mende tue pon tinggal 5 bungkus jer.. heheh).

Harinee balik kampung, esok pagi2 nak pegi JayBee gi 'social party' (army term) adik aku yang baru grad UPNM last saturday.. bahase melayunyer dinner.. kuikuikui.. Buat kat Persada Johor..

Daaaaa...











Khamis, 29 Januari 2009

Bestnyer KL kalau ari2 camnee..

Pagi yang gelap.. Kini suda terang... Lalalalala (nyanyi ikut lagu HUJAN)

Kuar umah arinee jam 7.10pagi. Wah, 5 minit jer aku dan kazen dah sampai Jalan Jelatek. Cuti skolah + rayer ciner nee memang best betul.. Jalan beri de klear yu nor... 7.45 pagi aku dah goncang kunci bukak opis..

Terpaksela aku ajak Noran pi bekpes. lapar beb.. Nak tunggu si Kerol baru nak gerak.. Irwan plak bekpes ngan kawan dia (dating yeh.. :P). Fifi sombong arinee takmo bekpes dia.. Puas pujuk.. ceh.. Si Deen lak belum nampak bayang... Mau kebulur aku tunggu karang..

SO, pagi nee kantoi minum Teh Ais.. Noran la nee.. pi amek teh tarik.. Kan dah ngan aku2 sekali tertarik menarik aku memang debab..

+ ngan roti telur (pastue kene sound ngan Ayed ckp banyak minyak.. hhehhe ) tak nampak pon minyaknyer.. Huhuhuh (alasan baek...) tapi harus hangus dan hitam2 roti tue.. berangan la mamat tebar roti nee... eh, luper nak snap gambo.. heheheh
Semalam lunch aku di SME1 :



Dinner mam bihun tomyam ayam + limau suam. Balik kerja sampai Bukit Indah aku terus gi kedai peberetku menempah makan malam..

Pastue sampai umah 7.50pm, kazen2 ajak pi dinner.. Buat muker kental "taknak makan, diet.." padahal aku dah makan tadiknyer.. Kui3...

Khamis 29 Januari 2009 : 99.7kg

Cau cin cau!

Rabu, 28 Januari 2009

Semua orang cuti sakan..

Arinee bos2 dan opismate2 berbangse Cine cuti lagik.. Rasenyer next week baru masuk balik. Aku dah diberikan siap2 kerja untuk memenuhi Rabu, Khamis dan Jumaat ini.. Ceh.. Cam tau2 jer aku nak ngulo...

So, 3 hari dikampung, makan memang supa-dupa bestla.. Semalam jer aku dah meratah 3 ekor ketam masak lemak cili padi homemade by my mum.. Memang tak sempat arr nak snappy2 gambo.. Harus aku lupa kepada misi yang septutnya sedang berjalan.. Tak terbayang lansung note2 rm50 yang bakal melayang dari poket aku bulan Julai nanti... TidaKKkkKKKKK!!!!


Kek pisang dibuat pada hari Sabtu Malam.. Disertakan bersama Murtabak Meggi dibawah yer.. Kalau dah namanya berkumpul adik beradik memang mentekedarah tengah malam la kitaorang.. Selagi ada bahan kat dapor tue, aper pon buleh buat! :P







Dan ini breakfastku bersama Fifi di SME2..

Yer.. Anda memang sedang melihat Nasi Goreng + Sotong Masak Sambal.. Opsss.. Ada Teh O Ais disitu yah... Haih.. Masak betul..

Update berat arini...

28 Januari 2009 : 99.8kg


Opps... ini naik 100g dari last timbang Jumaat... Huhuhuhuh..

C yah! :)





Jumaat, 23 Januari 2009

Reserved

Yummy huh!
=)

Rabu, 21 Januari 2009

Welcome

Selamat Datang ke zulykurus.blogspot